Selasa, Jun 22, 2010

Diantara setiaan dan curang



Sering kali kita dengar akan berlakunya kes cerai dan kecurangan. Tak kurang juga dengan berita mengenai kesetiaan dan perkahwinan. Tapi apa yang penting dalam kita menjalinkan sesama manusia ni. Tak kira sama ada hubungan suami-isteri, Kekasih mahupun persahabatan.

Key word untuk semua hubungan ini ialah kesetiaan. Tanpa kesetiaan, sesuatu hubungan itu tidak akan bertahan lama. Malah ianya akan musnah di sepanjang jalan. Adakah semua orang dilahirhan mempunyai sifat setia ini?

Jika semua orang mempunyai sifat untuk setia, mengapa masih terdapat orang yang masih curang terhadap pasangannya? Sehinggakan ada isteri yang sanggup berlaku curang terhadap suaminya. Begitu juga suami yang curang kepada isterinya.

Bagaimana pula dengan pasangan yang dah pun bersama selama berpuluh-puluh tahun? Bagaimana pasangan begini dapat memupuk persefahaman dan kasih sayang sehingga berpuluh-puluh tahun? Jawapanya kita tepuk lah dada dan tanya kepada diri sendiri. Adakah kita nak menjadi seseorang yang setia atau pun curang? Hanya kita yang dapat mengubah diri kita sendiri.

Mohamad Nur Hidayat
7 Sudu Updated at:

2 comments so far. What are your thoughts?

 
back to top