Ahad, Jun 27, 2010

Hujung minggu waktu untuk keluarga



Bagi yang dah penat bekerja dari isnin sampai ke jumaat atau pun sabtu, hari ahad macam ni la yang ada untuk diluangkan bersama keluarga. Ada yang mengambil kesempatan ni untuk keluar bersama keluarga. Ada juga yang hanya duduk dirumah bersama-sama keluarga.

Apa pun pilihannya, menghabiskan waktu bersama keluarga merupakan satu pilihan yang bijak. Ini dapat meningkatkan dan mengukuhkan lagi hubungan kekeluargaan. Hubungan kekeluargaan yang baik dapat mengurangkan berlakunya gejala-gejala sosial yang kerap melanda remaja ketika ini. Sekaligus ibubapa dapat mengawal pergerakan anak-anak dari terjebak dalam gejala sosial.

Bagi yang belum berkahwin pula, kesempatan ni diambil untuk berehat dirumah atau pun mengisi kelapangan dengan hobi seperti memancing dan sebagainya. Bagi yang sedang melalui alam percintaan, hujung mnggu digunakan keluar bersama dan menghabiskan masa bersama setelah penat bekerja.

Walau apa pun yang dilakukan, Hujung minggu merupakan hari yang ditunggu-tunggu oleh semua. Selamat berhujung minggu

Mohamad Nur Hidayat
7 Sudu Updated at:

4 comments so far. What are your thoughts?

  1. Uruchimaru @ kfIsnin, Jun 28, 2010

    kite blm berkeluarga hee...

    BalasPadam
  2. tak apa nanti dah kawen..ade le keluarga..takut masa tue rasa sesak jer..tak boleh nak bernafas macam sekarang.T_T

    BalasPadam
  3. insyaallah ada masa utk family nanti

    BalasPadam

 
back to top