Sabtu, Jun 19, 2010

Wanita – Barah Pangkal Rahim

Hari ni Papa Gebu nak cita sket psal barah pangkal rahim. Al maklumlah ari tu ada pergi hospital, ternampak banner psal pnyakit ni. Barah pangkal rahim atau pun nama glamournye kanser servik merupakan kanser kedua terbesar yang dihidapi oleh wanita di malaysia tau slepas kanser payudara. Rupanya yg atas tu no 1 dari yang bawah kan perempuan ni.. eheee

Barah ini terbahagi kepada dua peringkat, iaitu peringkat awal dan peringkat lewat. Pada peringkat awal ianya hanya berlaku disekitar servik. Pada peringkat lewat pulak, ianya merebak ke tisu-tisu berhampiran atau organ tubuh yang lain.




Macam mana..? Seram kan.. nak tau tak apa penyebab barah ni?..Sebenarnya penyebab barah ni tidak diketahui tapi terdapat la beberapa faktor yang boleh dikaitkan dengan penyakit ni..Antara faktor-faktornya ialah 
  1. Melakukan hubungan seks pada usia terlalu muda. ( ha ni la dia penyakit budak-budak zaman sekarang )
  2. Sering bertukar-tukar pasangan
  3. Mengandung lebih dari 5x
  4. Jangkitan kuman melalui hubungan seksual seperti HPV (Human Papilloma Virus/wart virus)
  5. Kurang penjagaan anggota sulit
  6. Merokok
  7. Kurang daya tahan melawan penyakit, disebabkan jangkitan atau penyakit tertentu


Antara gejala-gejala barah ini ialah: 
  1. Pendarahan luar biasa dari vagina (bukan haid)
  2. Pendarahan yang banyak
  3. Pendarahan yang berpanjangan
  4. Pendarahan di antara haid
  5. Kehadiran darah beku
  6. Pendarahan dari vagina selepas hubungan seks
  7. Sakit semasa melakukan hubungan seks
  8. Pendarahan dari vagina selepas putus haid
  9. keluar cecair luar biasa dari vagina
Terdapat 3 jenis rawatan untuk barah ini iaitu melalui pembedahan, radioterapi dan kemoterapi

Orang cakap mencegah lebih baik dari merawat kan?..So baik kaum-kaum hawa ni cuba la mencegah dari sekarang. Terdapat beberapa langkah pencegahan iaitu:
  1. Amalkan cara hidup yang sihat
  2. Setia pada pasangan anda (ha jangan curang-curang)
  3. Lakukan pap smear setiap 3 tahun.(Jumpa anggota kesihatan dan lakukan ujian pap smear, jika masih belum dilakukan lagi)




Mohamad Nur Hidayat
7 Sudu Updated at:

Be the first to reply!

Catat Ulasan

 
back to top