Jumaat, Julai 30, 2010

Kelebihan beras selain untuk dimakan


Ramai orang tahu beras tu sedap kalau dah jadi nasi. Itu je la kegunaan beras agaknya kan. Sebenarnya banyak lagi kelebihan makanan ruji kita ni selain dari masuk dalam perut je.

Hari ni aku nak kongsi sikit kegunaan lain beras ni. Kepada sesiapa yang pernah masak nasi, perasan tak apa jadi pada tangan kita selepas basuh beras. Bagi aku, setiap kali lepas basuh beras ada rasa macam tangan ni lembut je( ish tangan kematu kata lembut ).

Aku pernah gunakan beras untuk menghilangkan jerawat yang tumbuh secara haram dan tanpa izin dekat muka aku ni ha. Nak tahu macam mana?


Senang je cara dia. Lepas basuh beras tu jangan buang pula air basuhan beras tu. Ambil air tu sapukan dekat muka. Biar dia kering dulu baru bilas dengan air bersih. Amalkan selalu.(mak aku selalu siram air basuhan beras tu dekat pokok dia tanam belakang rumah)

Lagi satu beras ni juga boleh menghilangkan bau badan. Aku pun tak pernah cuba lagi. Tapi aku dapat info ni dari perbualan orang-orang lama dekat rumah aku ni.


Macam mana ek?

Ok mula-mula dia cakap goreng beras tu macam goreng kelapa nak buat kerisik. Jangan letak minyak pula. Goreng kosong je. Sukatan beras yang nak goreng tu ikut penggunaan la. Tapi sebaik-baiknya segenggam. Bila beras tu dah hangus, ramas dia sampai hancur. Campur sikit dengan air asam jawa dan sapu pada bahagian mudah berpeluh. Biar dalam 5-10 minit dan bilas.

Bagi aku la kalau nak hilangkan bau badan ni guna tawas lebih baik. Lepas mandi tu ambil tawas dan gosok je dekat tempat yang mudah berpeluh. Tak payah nak pakai deodorant dah.

Mohamad Nur Hidayat
7 Sudu Updated at:

16 comments so far. What are your thoughts?

  1. nana guna beras pulut untuk masker..
    cara dia same jew, goreng tnpa minyak tu~ :)

    BalasPadam
  2. oit...mesti muka nana tak berbau.

    BalasPadam
  3. Salam ziarah dayat.
    macam baru tau je pasal jerawat tu. huhu
    thanks btw.

    BalasPadam
  4. biasa la orang nak cari duit

    BalasPadam
  5. hilang bau badan pun guna beras..adui..ape susah.. guna clorox sudah..bukan setakat bau..dengan badan² boleh hilang..lol..
    tapi ape yang dayat citer tu ada betulnya..air beras tu mmg bagus untuk tumbuh-tumbuhan..kalau untuk pokok bunga tu mmg banyak dan cepat pembungaan berlaku..huhu

    BalasPadam
  6. guna clorox hilang warna badan nanti

    BalasPadam
  7. nice tips...my 1st visit.................

    BalasPadam
  8. thanks. do visit me again

    BalasPadam
  9. penah gak cuba guna air beras tu. tp x amalkan.hehe

    BalasPadam
  10. trus jdi white colur land kata ci comel suri :)

    BalasPadam
  11. bukan la..jadi transparent nanti

    BalasPadam

 
back to top