Sabtu, Ogos 28, 2010

Backlink dengan Komen



Hari ni nak share sikit info mengenai backlink. Boleh dikatakan semakin banyak backlink semakin tinggi page rank ( lebih-lebih lagi kalau dapat backlink dari blog yang page rank lebih tinggi ).

Kita boleh dapat backlink dari sebuah Blog atau Website hanya dengan meninggalkan komen sahaja. Itu pun jika blog atau web tersebut mengamalkan "dofollow". Tapi ingat jangan tinggalkan komen bersifat SPAM.

Macam mana kita nak tahu blog/web tersebut mengamalkan "dofollow"? Dayat baru tahu benda ni. Bagi pengguna firefox, boleh dapatkan plugin untuk mengesan link yang "dofollow" atau "nofollow". Boleh download plugin disini. Boleh baca artikel tu sekali kalau nak tahu lebih lanjut mengenai "dofollow".

Bagi pengguna wordpress dan blogger boleh mengubah ruangan komen kepada "dofollow" untuk menambah minat lagi kepada pembaca untuk meninggalkan komen. Bagi pengguna wordpress boleh download plugin atau buat secara manual. Klik sini untuk mengetahui cara "dofollow" pada ruangan komen bagi pengguna wordpress.

Sekarang Dayat nak ajar pengguna Blogger untuk membuat ruangan komen blog mengamalkan "dofollow" supaya pembaca lebih berminat untuk tinggalkan komen.

Mula-mula sekali login ke dashboard Blogger dan klik Design > Edit HTML. Kemudian tick pada kotak Expand Widget Templates. Gunakan applikasi Find pada browser ( CTRL + F ) dan cari word nofollow. Selepas itu delete semua code rel='nofollow' yang ada pada code template tersebut. Bagi template yang biasa selalunya ada dalam (3) code rel='nofollow' yang kena delete. Kemudian klik preview dahulu sebelum klik save template.
Note : Untuk melihat effect hightlight merah jangan lupa download dulu plugin untuk mengesan link "dofollow" atau "nofollow" yang disebut diatas.

Dah paham kegunaan "dofollow" ni? Kalau tak tahu boleh tanya okeh.

Mohamad Nur Hidayat
7 Sudu Updated at:

34 comments so far. What are your thoughts?

  1. Alhamdullilah Wp saya mengamalkan dofollow..
    ehehehe
    lagipun wp memang ada kan?

    BalasPadam
  2. tahniah dayat.. sebenarnya dofollow adalah hadiah kpd pengomen kita.. kalau rajin mengomen... url web si pemberi komen pun akan trt terindeks.. tapi jgn terlalu tertumpu kpd backlink dofollow blog... sebab kombinasi diantara dofollow + nofollow juga adalah faktor penentu dalam menaikkan ranking kita

    BalasPadam
  3. tak pasti la. ikut themes kot. Macam blog ni dulu "nofollow" tapi lepas ikut tutorial mamamurai baru start dofollow

    BalasPadam
  4. mama tutorial pasal frame tu ada tak?

    BalasPadam
  5. dah buat macam tu kat blog...nanti rajin2 la komen..hehe

    BalasPadam
  6. follow memfollow di antara cara menaikkan semangat orang memberi komen.

    BalasPadam
  7. apa beza dofollow and commentluv? ada beza???

    BalasPadam
  8. aku penah baca pasal pasal dofollow ni tp masa tu aku x faham sgt. penerangan dari dayat jelas, so thnx bro!

    aku dah dofollow...dan dr pembacaan tambahan kt blog syafrizal tadi, dofollow berguna utk naikkan ranking

    BalasPadam
  9. Terima kasih coz kogsi informasi ni...baru tau sekarang ni...biasa tau BW je...heheh

    BalasPadam
  10. sama tapi bila blog masih nofollow, commentluv tetap tak dapat bagi backlink kepada pengomen.. lagipun commentluv ada agenda lain, biasalah kan brg free, mesti ada pengerasnya.. kalau nak tahu tgk dalam API commentluv :)

    BalasPadam
  11. minta maaf dayat, mama dah lupa kat blog mane. tadi ada jugak cuba cari.. tapi x dpt :oups:

    BalasPadam
  12. Hehe...dah lame tak mengomen secara pukal...tapi my blog dofollow ma...hehe

    BalasPadam
  13. xpe pelan2. kalau terjumpa gtau ek :D

    BalasPadam
  14. :P dah dofollow ke suffer

    BalasPadam
  15. betul tu. (you comment, i follow)

    BalasPadam
  16. bw sambil komen ialah bw yang terbaik

    BalasPadam
  17. uish. komen secara pukal ni best. sekali masuk bersepah komen :p

    BalasPadam
  18. Salam...

    Aku dah pernah kaji ttg do follow ni...terus aku tukar ke dofollow tp bila aku bandingkan kebaikan dan keburukan antara do follow dan no follow, aku tukar semula ke no follow.
    Nak tau lebih lanjut, cuba baca kat sini

    http://azilas.blogspot.com/2010/06/no-follow-vs-do-follow.html

    Tapi kelebihan pada blog dot com dan yg sewaktu dgnnya sebab tetap ada backlink, rasanya la....

    BalasPadam
  19. kalau blog kita nofollow.. download jer plugin nya.. wp sentiasa ada plugin yang terbaik.... wahahahaha...

    kencang betul ek traffik ko.. alexa pun terbaik tu... grrrr...
    aku akan kejar alexa ko... :D

    BalasPadam
  20. Thanks sebab tambah info

    BalasPadam
  21. wordpress memang terbaik..harap2 lagi ramai blogger join wordpress. Traffik aku x kencang pun :D

    BalasPadam
  22. Kdg2 bila ada dofollow, keikhlasan orang nk komen tu susah nak jamin sikit, tapi kalau trafik yang orang cari,nampak gaya camtu lah. hehe

    BalasPadam
  23. sejak do follow terlalu banyak spam. tgk la akismet dah block 86 comment

    BalasPadam
  24. nasib baik dayat bgtau banyak spam, terfikir dua tiga kali jugak nk install dofollow plugin ke tak. thanks

    BalasPadam
  25. boleh guna akismet untuk block spam comment

    BalasPadam
  26. good info here bro. terus dah implement tips ni. jemputlah dtg komen kat my blog :)

    BalasPadam

 
back to top