Jumaat, September 24, 2010

Evolusi Makanan

Malaysia memang kaya dengan makanan-makanan yang unik . Lebih-lebih lagi apabila Malaysia merupakan sebuah negara yang harmoni dengan pelbagai kaum. Jadi tak hairan la jika ada yang cemburu dengan budaya yang banyak di MALAYSIA ini.

Sehingga hari ini semakin banyak makanan telah melalui zaman evolusinya. Ini dapat dilihat dari pelbagai aspek. Mungkin perubahan ini berlaku disebabkan perubahan gaya hidup pada masa kini.

Semakin banyak makanan yang boleh didapati dari dalam tin. Tidak kurang juga yang boleh didapati dari dalam packet. Roti canai dan capati juga boleh didapati dari peti sejuk di mana-mana pasaraya. Sejauh mana khasiat yang ada pada makanan segera seperti ini?

Selain itu ada juga perubahan dari segi lain. Contohnya nasi lemak, mungkin dahulunya nasi lemak hanya dijual dengan dibungkus dengan daun pisang. Tapi pada hari ini amat sukar untuk mendapatkan nasi lemak yang seperti ini.

Kebanyakkan nasi lemak sudah pun dibungkus dengan kertas atau lebih canggih lagi dengan bekas polisterina. Mungkin dengan cara ini dapat memudahkan peniaga kerana sukar untuk mendapatkan bekalan daun pisang sekarang.

Apa yang menarik minat aku ialah apabila semalam aku telah membeli sejenis kuih yang aku suka. Apa yang peliknya apabila kuih ini dijual dalam bekas plastik. Selalunya dibuat dengan daun pisang. Kuih apa yang aku maksudkan ni?


 Credit gambar lepas blog recovery shiemacma.blogspot.com

Ini dia kuih limas yang telah melalui proses evolusi. Mungkin aku hairan tengok sebab aku tinggal dikawasan luar bandar. Tapi percayalah rasanya memang jauh beza dengan kuih limas yang biasa.

kadang kala ada sesetengah benda itu harus dikekalkan keasliannya.

Mohamad Nur Hidayat
7 Sudu Updated at:

9 comments so far. What are your thoughts?

  1. ooh...kuih nie..sedap..klu letak dalam bekas..dia punya aroma daun pisang tue xda kan? betul tak? aroma tak da..rasa pun lari..

    sekarang nie..orang nak men jimat je..huhu...kuih pulak ikut zaman..mcm2..tp kan..dikampung masih ada yg jual yg asli punyer..tp jrg dah..huhu

    BalasPadam
  2. Hahahaha... esok lusa... nasi lemak daun pisang tu.. bertukar ke nasi lemak tupperware... haishhh

    BalasPadam
  3. sekarang ni dekat kawasan luar bandar pun dah susah nak cari yang asli

    BalasPadam
  4. dah banyak pun nasi lemak masuk tupperware ayie

    BalasPadam
  5. :)) Kalau aku jumpa sekalipun, aku akan bau dulu nasi lemak tupperware tu.. Yolah.. Pada aku yang asli itu lebih sedap. Aroma itu penting. Tanpa aroma, sesuatu makanan itu tidak dapat dijual.

    BalasPadam
  6. dia tanak nasi sekali daun pisang tu..sebab tu masa jual letak dalam tupperware ja

    BalasPadam
  7. mungkin kekurangan bahan mentah, atau mengurangkan penggunaan daun pisang tu...kalau nak daun pisang, kena potong dari pokoknya...so gunalah bekas tupperware yang serba banyak size,.,

    BalasPadam
  8. kalau dekat bandar-bandar besar tu mana nak dapat pokok pisang kan

    BalasPadam
  9. [...] This post was mentioned on Twitter by Blogger's_Malaysia, Mohamad Nur Hidayat, Ery Farieha, Bro Framestone, Mohamad Nur Hidayat and others. Mohamad Nur Hidayat said: Blog Update : Evolusi Makanan | Dunia Dayat http://t.co/xzA72u5 [...]

    BalasPadam

 
back to top