Isnin, September 20, 2010

Tips Menarik Minat Pembaca ke Blog Kita (Penulisan)



Rasanya sudah ramai blogger telah menyentuh mengenai perkara ini. Tapi aku tetap nak tulis entry mengenai cara untuk menarik minat pembaca ke blog kita.

Alangkah bahagianya jika kita mempunyai pembaca setia yang sentiasa datang mengunjungi blog kita untuk membaca entry terbaru. Sekurang-kurangnya dapat juga menambah semangat kita untuk menulis blog.

Lebih menyeronokkan lagi apabila ada pembaca yang bertanya akan entry terbaru jika kita tidak update blog. Setidak-tidaknya ada juga yang prihatin jika tiada perubahan entry pada blog.

Tapi bagaimana untuk kita menarik minat pembaca untuk kembali datang ke blog kita?. Bagi yang baru menceburi dunia blog ini boleh mengikuti beberapa tips yang ada diantara blogger mengendahkan perkara-perkara ini kerana menganggap ianya remeh.

Teknik Penulisan

Penulisan melambangkan identiti seseorang itu. Setiap orang mempunyai teknik penulisan tersendiri. Tetapi apa yang ingin disentuh disini ialah jangan sesekali kita menggunakan bahasa SMS didalam penulisan kita contohnya seperti “syg x dpt join”. Penulisan seperti ini melambangkan sikap tidak serius dan menunjukkan yang kita malas. Mungkin kadang-kadang kita tidak sedar yang kita telah menggunakan bahasa SMS ini. Tetapi untuk mengelakkan perkara ini berlaku semak dahulu sebelum kita pos sesuatu entry.

Perenggan

Amat penting untuk kita supaya mengatur perenggan supaya tidak terlalu panjang. Perenggan yang terlalu panjang boleh membuatkan pembaca berasa bosan. Cuba jadi lebih kreatif dengan mengatur perenggan entry anda. Selain itu dengan menyelitkan sedikit gambar diantara perenggan juga dapat merehatkan seketika mata pembaca.

Warna tulisan

Pastikan warna tulisan entry anda tidak terlalu menerupai dengan warna background blog anda. Jika pemilihan warna tulisan yang tidak betul dapat menyiksa mata pembaca. Warna tulisan hitam dan background putih merupakan kombinasi yang terbaik. Jangan sesekali menggunakan pelbagai warna dalam tulisan.

Jika kita dapat memperbaiki blog kita dari segi penulisan sedikit sebanyak dapat menarik minat pembaca untuk datang lagi ke blog kita. Entry yang akan datang aku akan menyentuh cara untuk minat pembaca dari aspek lain pula

Mohamad Nur Hidayat
7 Sudu Updated at:

24 comments so far. What are your thoughts?

  1. Thanks atas tips bro :) sgt penting apa yang dinyatakan di atas.. dan apa yang saya tahu perlu jadi diri sendiri dalam menaip~

    BalasPadam
  2. betul tu. Paling penting jangan copy paste. kesian author asal. kalau nak ambil point pun olah la dengan ayat sendiri

    BalasPadam
  3. [...] This post was mentioned on Twitter by Mohamad Nur Hidayat and Mohamad Nur Hidayat, Mohamad Nur Hidayat. Mohamad Nur Hidayat said: Tips Menarik Minat Pembaca ke Blog Kita (Penulisan) | Dunia Dayat http://t.co/zM7DcK6 via @DuniaDayat [...]

    BalasPadam
  4. tambah sikit bro

    kalau font sekejap besar sekejap kecil juga menyusahkan mata membacanya

    BalasPadam
  5. teringat masa awal-awal jadi blogger dulu..Selalu buat semua kesilapan kat atas tu...Pakai bahasa SMS . Tulisan laksana pelangi di awan biru. Perenggan ada yang pendek sangat , ada yang panjang sangat...Hahaha , tapi sekarang tak lagi :)

    BalasPadam
  6. HAHA..dulu pun dani dikategorikan sebagai blogger yang kebudak-budakkan.

    warna font nak warna-warni (konon cantik tapi tidaaakk!)

    entry meleret.. (bosan) so sekarang lebih suka ringkas tapi padat

    BalasPadam
  7. betul. Thanks sebab tambah info

    BalasPadam
  8. sama la. dulu aku masa mula selalu guna center untuk penulisan aku :p

    BalasPadam
  9. pening la baca kalau warna warni

    BalasPadam
  10. [...] aku ada tulis entry ni. Tapi berkaitan dengan penulisan. Klik sini jika nak baca entry “ Tips Menarik Minat Pembaca ke Blog Kita ( penulisan )”. Aku cadangkan [...]

    BalasPadam
  11. Awok ade komen pasei bende ni....
    tapi tak se detail mike....
    sebabnye awok komen lebih pade gaye menulih (menulis)...
    tapi tq la Dayat...... tips mike mmg bergune...

    Entri awok
    Gaye menulih (Menulis)

    BalasPadam
  12. SEmemangnya ini yang paling penting dalam penulisan..Nak nya kita serius dalam penulisan, so benda ni kena take note, jangan sambil lewa...thanks dayat...hehe

    BalasPadam
  13. entri menarik dan tidak perlu risau kalau ada orang pernah tulis lagi pun
    nanti lama2 orang akan baca dan ambil iktibar
    CONTENT IS KING :)

    BalasPadam

 
back to top