Selasa, September 21, 2010

Tips Menarik Minat Pembaca ke Blog Kita ( Blog )


Semalam aku ada tulis entry ni. Tapi berkaitan dengan penulisan. Klik sini jika nak baca entry “ Tips Menarik Minat Pembaca ke Blog Kita ( penulisan )”. Aku cadangkan baca dulu entry sebelum ini sebelum baca entry yang ini.

Selain penulisan, ada lagi faktor yang boleh mempengaruhi minat pembaca untuk datang kembali ke blog kita. Faktor seterusnya yang akan aku bincangkan ialah faktor Blog. Ramai aku tengok blogger yang tidak mengambil berat mengenai perkara ini.

Load Page

Ini berhubung kait dengan kepantasan sesebuah blog itu. Pendek kata semakin lambat blog itu semakin kurang orang yang berminat mengunjungi blog itu. Bukan semua orang di Malaysia menggunakan Streamyx. Kebanyakkan dari mereka menggunakan broadband dari syarikat-syarikat telco seperti celcom maxis dan digi.

Jika blog kita mempunyai load page yang lambat mungkin akan menyukarkan sedikit golongan-golongan ini untuk datang ke blog kita.

Mesra Pengguna

Blog juga mesti mesra pengguna. Apa yang dimaksudkan dengan mesra pengguna ialah blog tersebut mestilah mudah untuk dilayari. Pastikan ada navigasi-navigasi seperti home, categori, dan sebagainya bagi memudahkan pengguna atau pembaca untuk melayari blog tersebut.

Kelemahan navigasi sesuatu blog juga boleh menyukarkan pengunjung blog tersebut. Jadi pastikan blog anda mesra pengguna

Kemas

Susunan widget dan yang kemas juga dapat menarik minat pembaca terhadap sesuatu blog. Jangan letak terlalu banyak widget sehingga menyebabkan blog kelihatan tidak kemas. Pastikan widget yang penting saja diletakkan didalam blog.

Penggunaan widget yang betul juga dapat meringankan lagi blog. Sekaligus dapat mengatasi sedikit masalah load page. Jadi pastikan widget itu betul-betul berguna sebelum ianya digunakan.

Selain dari widget, posisi iklan di blog juga berkaitan dengan kekemasan blog. Jangan letak terlalu banyak iklan. Hanya letak diruangan yang tertentu sahaja. Jangan terlalu mengejar duit dengan meletakkan semua jenis iklan contohnya meletakkan iklan dari mangga ads, nuffnang, advertlet dan innity.

Sebaik-baiknya pilih salah satu sahaja. penggunaan banyak iklan seperti diatas hanya akan menyebabkan blog jadi tidak kemas dan melambatkan blog. jadi buat pilihan yang bijak mengenai iklan ini.

*Jika kita dapat memperbaiki blog kita, tidak mustahil pengunjung akan datang kembali ke blog kita.

Mohamad Nur Hidayat
7 Sudu Updated at:

16 comments so far. What are your thoughts?

  1. Semakin banyak entri yang ada dalam blog kita ini, semakin bertambah saiz sesuatu blog itu.. Hohoho

    BalasPadam
  2. betul jugak tu..

    thanks untuk tips ni! ;p

    BalasPadam
  3. gud tips bro...
    blog belalang mmg hampeh...

    kuikuikui

    BalasPadam
  4. Errr......selama tak terpikir pun pasei loading blog kite pun bulih jadi punce oghang maleh (malas) nak masuk blog kite.....baghu bercita2 nak masuk kan macam2 widget kat blog awok.....

    Makin Tue

    BalasPadam
  5. hmmm, ni macro analysis, lepas ni ade sambungan entry ni tak? :)

    BalasPadam
  6. kalau yang tu blog aku kecik lagi

    BalasPadam
  7. guna widget yang penting ja. tak la serabut sangat

    BalasPadam
  8. insyaallah ada kalau rajin nak sambung :cool:

    BalasPadam
  9. kena ada entry yg menarik jgk..he2

    BalasPadam
  10. nice tips~thankz 4 sharing~

    BalasPadam

 
back to top