Rabu, Oktober 27, 2010

10 Ciri Wanita Pisau Cukur



1. Semasa proses mengenali lelaki dia akan menggunakan segala aset yang dimilikinya untuk menggoda seseorang lelaki.

2. Selalunya perempuan pisau cukur ini orangnya lemah lembut, manis dan sangat-sangat pandai berkata-kata. Selalunya pada permulaan hubungan dia tidak akan meminta apa-apa. Tetapi lama kelamaan sampai botak si lelaki untuk memenuhi permintaannya.

3. Agak seksi dan menggoda untuk memudahkan lelaki cair

4. Berperwatakan seperti mewah untuk meyakinkan lelaki bahawa dia tidak memerlukan harta si lelaki untuk senang.

5. Selalunya mempunyai kenangan pahit tersendiri. Mungkin pernah dilukakan atau diperlakukan sesuatu oleh lelaki sehinggakan dia menganggap semua lelaki tidak boleh dipercayai dan menanam hasrat untuk membalas dendam pada semua lelaki

6.Apabila sudah agak lama berkawan dia akan mula meminta macam-macam. Selalunya permintaannya akan bermula sedikit demi sedikit. Contohnya buat permulaan dia akan meminta telefon bimbit. Kemudian dia akan meminta lebih lagi.

7. Selalunya tiada perasaan cemburu. Tidak mahu mengakhiri hubungan dengan perkahwinan. Tidak mengira status seorang lelaki sama ada berkahwin atau bujang asalkan banyak harta dan wang.

8. Mudah untuk dibawa kemana-mana tanpa sebarang sekatan. Baginya asalkan tempat yang hendak dituju boleh memberi manfaat padanya contohnya membeli belah.

9. Selalunya tidak akan menceritakan latar belakang keluarganya. Jika ditanya selalunya dia lebih suka mengelak. Jadi tidak mustahil jika sudah berbulan-bulan berkawan anda masih tidak tahu asal usulnya.

10. Apabila lelaki yang dikikis sudah tidak lagi mendatangkan manfaat kepadanya, dia akan mencari kesalahan lelaki tersebut untuk tinggalkannya.

Dayat : awas lelaki. Cari yang betul-betul cintakan anda dan bukannya harta yang anda miliki.

Mohamad Nur Hidayat
7 Sudu Updated at:

13 comments so far. What are your thoughts?

  1. ok la tu..
    tak payah beli pisau cukur dah..
    heheh..
    lawak je..

    biasanye wanita pisau cukur ni
    cantik2 orang nye..
    lelaki yang suke pompuan cantik je yang
    terkena dengan wanita pisau cukur ni..

    lain kali ukur baju di badan sendiri..
    heheheh

    BalasPadam
  2. sekarang tak kira pisau cukur ni lawa ke tak
    aku tengok yang tak lawa pun boleh tahan cukurnya
    pakai seksi sikit je...
    dah dapat laki yang suka gitu2...
    hasil awek tu dapat la macam2

    BalasPadam
  3. haha..kalau sekali kena boleh kayap

    BalasPadam
  4. aku tgk macam makin ramai je spesis ni skang bro

    BalasPadam
  5. species yg cintakan anda dan bukannya harta anda masih ada lagi ke?

    BalasPadam
  6. kadang2 lelaki rela 'dicukur oleh perempuan itu dan menjadi botak'. mungkin sbb dia pun dapat kebaikkannya juga..iaitu boleh show off awek hot

    BalasPadam
  7. ada lagi.. cari la elok2

    BalasPadam
  8. huh nak show off awek hot sampai terbakar rambut..aku x sanggup

    BalasPadam
  9. Hmmmm.... gadis yang mempunyai ciri sebegini masih ramai lagi .... huhuhu

    BalasPadam
  10. Bukan saya yang kategori pisau cukur yang jenis materialistik pun harus dijauhi

    BalasPadam
  11. [...] aku ada menulis tentang ciri-ciri wanita pisau cukur. Tak adil jika aku hanya menulis mengenai perempuan sahaja. Tapi hari ini Aku menulis tentang 10 [...]

    BalasPadam

 
back to top