Rabu, Oktober 06, 2010

Bila Hilang Semangat Berblog



Bukan semangat aku yang hilang. Tapi semangat sesetengah sahabat yang seperjuangan dengan aku dalam dunia blog ini. Ini dapat aku lihat apabila wujudnya software auto shout. Faham betul-betul ya. Yang aku maksudkan ialah software auto shout bukan software untuk blogwalking.

Tadi aku ada baca entry AbgFeroZ yang mengeluh tentang software ini. Dalam fahaman aku mungkin software auto shout ini yang menyebabkan komen atau visitor sesuatu blog itu berkurang. Aku sangat bersetuju jika seseorang blogger itu mengeluh mengenai hal ini. Cuba bayangkan seseorang itu melawati blog yang meninggalkan link pada shout box sedangkan orang yang meninggalkan link itu cuma menggunakan bantuan software ini untuk meninggalkan link itu. Disini terjadinya interaksi 1 hala dimana aku katakan hanya menguntungkan 1 pihak.

Jika seseorang itu tidak menyedari yang link ditinggalkan itu hanya diletakkan menggunakan software ini mungkin tidak menjadi masalah padanya. Tapi apa tindakannya jika dia mengetahui hal yang sebenar. Jangan marah jika orang itu tidak lagi mengunjungi blog anda. Maaf la jika aku kategorikan orang yang menggunakan software auto shout ini sebagai PEMALAS atau sudah hilang semangat berblog.

Blog walking sebenarnya membuka minda kita dengan melawati blog orang lain. Selain dari meninggalkan komen atau link di shout box, kita dapat membaca artikel yang disajikan blog yang kita lawati. Jika tidak membaca habis sekalipun mungkin kita membaca sedikit coretan blog itu. Tapi apa terjadi jika kita menggunakan software auto shout ini? jangan dikatakan meninggalkan komen, baca tajuk entry pun belum tentu lagi.

Tidak dinafikan aku juga menerima jemputan untuk menggunakan software ini. Tapi aku menolak kerana tidak boleh menerima konsep software ini. Aku masih lagi boleh menerima software blogwalking yang membawa pengguna software itu ke blog-blog lain contohnya software dari blog sepaku dan blog jiwa kacau. Ini kerana setidak-tidaknya software ini masih lagi menunjukkan penggunanya sebagai seorang manusia. Mereka masuk ke blog dan meninggalkan jejak seperti manusia. Tapi bagi pengguna software auto shout ini masuk dan meninggalkan jejak seperti robot. jadi apa bezanya penggunanya software ini dengan spammer?.

Lebih menyakitkan hati lagi bila software seperti ini disalah guna untuk mempromosi campaign dari youthsays. Jalan singkat untuk kaya lah katakan. Tapi kalau dah masuk shout box aku tu alamat kena report as spam la. Sehingga hari ini aku dah 3 kali report seorang user youthsays sebagai mislead link pada aku. Jadi tunggu saja lah akaun youthsays tu kena ban ok. Kejam bukan? rasanya aku dah maklumkan atas shout box aku tu yang itu bukan untuk ads.

Bagi yang tak suka shoutbox dia kena spam oleh link youthsays boleh ban link dari youthsays. Caranya mudah saja. Login ke akaun shoutbox dan ban link dari youthsays. Tapi aku lagi suka report link youthsays tu pada pihak mereka. Tiada niat untuk menutup periuk nasi sesiapa. Tapi untuk mengingatkan pada sesetengah pihak yang menggunakan cara yang salah untuk promosi campaign youthsays. Kalau tak percaya baca la term youthsays dulu sebelum share sesuatu campaign.

Bagi yang link dah kena ban oleh shoutmix atau cbox tu bersabar ye. Jadikan pengajaran sebab cuba mengambil mudah sesuatu perkara. Tiada jalan singkat untuk mengecapi sesuatu kejayaan. Apa pun mesti dimulakan dari bawah. Tiada bayi yang dilahirkan terus berlari. Fikir-fikirkan lah.

Mohamad Nur Hidayat
7 Sudu Updated at:

41 comments so far. What are your thoughts?

  1. sebab tu aku lagi suka komen entri daripada tinggal jejak kat shoutbox..baca entri betul2 dan tinggal komen, baru puas hati, bukan puas untuk tinggal jejak, puas sebagai pembaca..

    youthsays tu patutnya dorang promosi dengan betul, buat entri macam advertorial nuffnang tu, baru bagus..

    BalasPadam
  2. diorang takut buat macam tu sebab takut hilang status gliterati nuffnang kot

    BalasPadam
  3. Buat sesuatu biar betul dan lurus..baru ada berkat kan..=)

    BalasPadam
  4. pemalas!!
    lebih kurang menipu la tu..
    kalau nuffnang tau dia
    tetap dapat duit ke???

    BalasPadam
  5. kau ke yg dah x de semangat nk bw bro?

    BalasPadam
  6. sebab tu lah aku tak gunakan shoutbox, heheh...

    BalasPadam
  7. dia ok la sebab kita sendiri masuk..yang kita ni robot yang masuk?

    BalasPadam
  8. aku semangat macam biasa bro

    BalasPadam
  9. terfikir gak nak buang. tapi x jadi ri tu

    BalasPadam
  10. marah gak dgn org cm ni..buat sakit hati je..cuma tu la, kesian kat yg tak tau siapa yg buat..bloggers tak nak bg tau siapa yg buat cm ni...ramai2 ban dia baru dia tau

    BalasPadam
  11. erk.pernah tgk auto shout ni.tapi tak berkenan la.baik gune manual je.luas sikit pemandangan.leh skodeng2.hehe.

    BalasPadam
  12. interesting!! sama macam pndapat sy....=)

    BalasPadam
  13. sb duit semua org jadi palsu haish :[

    BalasPadam
  14. sebenarnya, berbaliklah kepada niat asal untuk blogging. adakah kita berniat untuk trafik semata-mata, atau pun sebab kita ada sesuatu untuk dikongsi dan disampaikan. kalau kita betul-betul nak berblog, kita takkan peduli permasalahan macam ni, benda-benda camni sebenarnya salah satu risiko yang wujud. kalau tak hari ni diorang buat auto-shout, nanti hari lain benda lain pula yang dicipta. semuanya berbalik kepada diri sendiri. untuk apa kita berblog? just my 2 cents. :)

    BalasPadam
  15. Hmmm.. betul.. mcm tak adil.. kadang2 kita mengambil mase lebih dari sejam tuk blogwalking.. Kita bukan sje tinggal link kat shoutbox, tapi kalau me, me akan bce entri dorang, then kalo nk komen, me komen.. pas tu, bru tinggal jejak..

    BalasPadam
  16. Mungkin tu berpunca bila guna blogspot..maksud aku, yang percuma..bila berbayar, seseorang tu rasa berat hati untuk mempersiakan blog yang dia bangunkan sendiri, jadi lebih bersungguh untuk berblog...kalau hilang semangat pun, kejap, tak la lama...sekadar pandangan

    BalasPadam
  17. x yah la nak ban2..lama2 insaf la tu

    BalasPadam
  18. risiko memang ada. tapi agak terkilan bila perkara macam ni dah mula menular

    BalasPadam
  19. setuju dengan cara ni.. ini baru yang terbaik dari just masukkan link dalam satu kotak dan send secara pukal

    BalasPadam
  20. setuju dengan rashid. selalunya bila guna yang free semangat tu susah nak kekal lama. cuma sesetengah saja yang berkekalan. Tapi bila ada pelaburan dibuat mereka tidak akan mensia-siakan pelaburan yang dibuat.

    BalasPadam
  21. Salam bro. Betul, aku pun tak setuju dgn autoshout.
    Tapi ada satu lagi cara bro, splog.
    Yang ni buat cara manual, tapi lagi cepat.
    Harap bro blh komen kat entry aku haritu.

    http://affanruslan.com/penipuan-penggunaan-shoutmix/

    cara sedikit berbeza. ramai dah tau kot

    BalasPadam
  22. aefa baru tau ade wujudnya sftware cmtu..
    tak elok la menipu..
    huh.hilang mood nak bw ni.. :-|

    BalasPadam
  23. ouh! baru tau ade software neh.
    xbest betol!
    dislike!!!

    BalasPadam
  24. kalau pelik tuh mmg aku tak tekan pon. alah...biarlah diorg nk buat ape pon.kite kan mangse keadaan jer..klu kite balas dndam.kite sme jer mcm die tuh...

    BalasPadam
  25. Blogwalking memang kena "fresh" baru dapat result :)..

    BalasPadam
  26. hmm software tu aku rasa aku pernah tgk..
    tak menarik la nak lawat blog org camtu
    tak best... dan macam tak jujur hehe

    BalasPadam
  27. splog? tak penah tengok lagi :D

    BalasPadam
  28. ada. jangan dipikir sangat nanti xda mood lagi

    BalasPadam
  29. bukan masalah balas dendam...tapi rasa tertipu

    BalasPadam
  30. betul kita tak jujur pada orang lain kalau guna

    BalasPadam
  31. lagi pun kita nak orang lawat dan baca...
    tu yg sepatutnya...
    nasib la aku tak letak shoutbox

    BalasPadam
  32. satu hari nanti mungkin aku pun akan buang kalau benda macam ni dah tak terkawal

    BalasPadam
  33. aku prefer blogwalking tapi kadang2 x igt nama blog. Laen kali kena book mark siap2 mane blog yg rase nk return blk. haha

    BalasPadam
  34. kalau nak senang subscribe feed dia.

    BalasPadam

 
back to top