Khamis, Oktober 07, 2010

Kekerapan Update Blog



Blog yang aktif ialah blog yang sentiasa update entry atau isi kandunganya supaya pembaca sentiasa dapat membaca entry yang baru. Persoalannya sekarang ini ialah sekerap mana blog anda diupdate? ada yang update seminggu sekali, dua hari sekali, sehari sekali dan ada pula yang dalam sehari lebih dari satu entry.

Benarkah blog yang kerap di update mempunyai bilangan pembaca yang ramai? Ada juga kemungkinan blog yang rajin diupdate mempunyai jumlah pembaca yang ramai. Contohya seperti Blog Ben Ashaari. Cuba perhatikan dalam sehari berapa kali Ben update blog. Aku rasa tak pernah lagi aku tengok Ben update blog sekali dalam sehari. Ada saja celoteh dari beliau. Kelebihan update blog dengan kerap seperti ini ialah blog kita akan selalu tersenarai di atas blog list orang lain jika orang itu ada link kan blog kita. Paling tidak sedikit trafik akan kita perolehi dari pembaca blog lain.

Itu dari segi trafik. Bagaimana pula dari segi kualiti sesuatu entry? Bagi aku selalunya entry yang diupdate lebih lama akan mempunyai kualiti yang lebih baik. Mungkin penulis mengambil masa yang lebih terhadap penulisannya. Jadi entry sebegini selalunya tidak menghampakan pembaca. Bukan semua blog yang kerap update mempunyai kualiti penulisan yang teruk. Ini sebenarnya bergantung pada penulis itu sendiri. Ada penulis yang sudah mempunyai teknik penulisan yang baik dan ada juga penulis yang masih menuju ke peringkat penulisan terbaik.

Walau apa pun tahap penulisan kita yang penting ialah kita mesti teruskan menulis kerana dengan menulis kita dapat memperbaiki kualiti penulisan. Jangan terlalu mengejar dateline untuk update blog kerana sikap terburu-buru untuk publish sesuatu artikel boleh mengurangkan kualiti sesuatu penulisan. Selamat berblog dan teruskan menulis.

Dayat : Aku selalu update sehari sekali. Kadang-kadang 2 hari sekali. Anda?

Mohamad Nur Hidayat
7 Sudu Updated at:

25 comments so far. What are your thoughts?

  1. Aku updet hampir tiap hari tapi kadang2 kalo sibuk menda lain ada la gak 3-4 hari baru updet.

    BalasPadam
  2. Betul apa yang bro Dayat cakap. Yied ni suka terburu-buru dalam meng'update blog.

    *Dalam sehari, 1 atau 2 entri akan dipublish di blog Yied. Tu pun kalau mood rajin, kalau mood malas, x ber'update la blog Yied tu.

    BalasPadam
  3. dulu pernah sehari sekali, tp sekarang dah kurang. 2 3 hari sekali.. :D depends on mood dan idea

    BalasPadam
  4. ermm..memang setuju sangat-sangat dengan pendapat bro... tak kisah la entry tu pendek sangat ke , panjang berjela-jela ke.... Asalkan entry tu entry yang berkualiti dan tidak membosankan pembaca... ;)

    BalasPadam
  5. aku cuba update entri setiap hari, kalau ada halangan terpaksa la lupakan.. heheh

    BalasPadam
  6. same la ngn aku dayat..sehari sekali je..bergantung pd mood dan idea.. :)

    BalasPadam
  7. ifa ikut hati gak update..hihi..kdg2 tue xde idea la..huhu..stkt nie..ari2 update..cme masa raya je aritue x..hihi

    BalasPadam
  8. Nak update galak kali dalam sehari memang tak larat, kalau mampu pun, entri yang pendek dan mudah dihadam...hehe

    BalasPadam
  9. aku cuba bagi yang terbaik je sebab blog ni medium untuk sampaikan maklumat..bukan celoteh kosong dari penulis tu...so nak tulis apa pun puas jugak la nak olah idea bagi jadi menarik...tapi kalau burnout tu takleh kata apa la

    BalasPadam
  10. bila free and cuti baru update hari-hari. kalau tak 2 minggu sekali pun ade. hehe

    BalasPadam
  11. alamak aku tak rajin update la... memang susah nak maintain momentum tersebut hehe...

    BalasPadam
  12. if i xbz...i update setiap hari plg kurang pn 4 entry...kalau bz sgt pn,mesti akn update gak tiap2 hari plg kurang 1 entry...

    BalasPadam
  13. awok setuju dengan mike dayat.....
    macam awok ....awok akan update setiap haghi....
    dan jumlah entri awok bergantong pade tahap keghajinan awok menulih....
    dan awok ghase penulih, gaye penulisan akan berkembang dari satu entri ke entri yang akan datang.......
    itu yang bagoih nye kalo selalu update blog kite...

    BalasPadam
  14. cam uols gak...paling banyak pun 2 entry perday
    tapi 1entry per day pun dah memadai...yedok?? huhu

    BalasPadam
  15. bergantung pada masa yg ada. kalau tgh sibuk dgn kerja maybe 2-3 hari sekali. kalau tak sibuk sgt boleh buat sekali sehari :)

    BalasPadam
  16. Nampaknya semua orang ada masa update tersendiri. teruskan berblog :)

    BalasPadam
  17. tengok keadaan..kalau ada benda nak tulis maka kerapla tapi biasanya sehari sekali je...cara penulisan org tak sama, blog ada yg bentuk informasi, ada blog personal & ada juga yang kerap buat entri tapi sekadar ambik dr sumber internet...apapun kalau terlalu kerap update blog tak terkejar nak membacanya...kita nak jugak jenguk blog orang lain..

    BalasPadam
  18. bagi aku sehari sekali cukuplah, itupun kalau rajin. nak update bebanyak pun nak wat apa kalau setakat nak citer apa yg kita buat, citer kat twitter sudah. update terlampau kerap pun boleh buat pembaca bosan nnt. bg aku yg penting kualiti daripada kuantiti. :)

    BalasPadam
  19. Great post thanks for posting..

    BalasPadam
  20. nk update sokmo blog tu x dpt ler
    kalu stakat nk merapu je wat entry tulis xdek idea boleh ler
    hehe

    BalasPadam
  21. Betul dik, jangan terlalu mengejar dateline dalam menulis. Sebelum itu izinkan akak mengucapkan tahniah kerana adik semakin lancar menulis dengan menggunakan bahasa yang betul. Cuma perhatikan perkataan "di" yang kadang-kadang tersalah letak mengikut nahunya.

    Selalunya akak akan menulis satu artikel setiap hari sekiranya berkesempatan. Tapi sekarang nie memang jarang menulis. Mungkin terlalu sibuk dengan butik baru. :)

    BalasPadam
  22. terima kasih sebab tegur gaya penulisan. Insyaallah akan cuba perbaiki lagi. Masih dalam proses belajar ni.

    BalasPadam
  23. Samelah kiter, hari2 update tp kekadang ade jugak berminggu tak update blog..hehe

    BalasPadam
  24. masih belajar dan terus belajar..kena banyak wat eksperimen tentang gaya penulisan tapi jgn smpy pembaca sedar..haha

    BalasPadam
  25. berubah untuk kebaikan tak apa

    BalasPadam

 
back to top