Rabu, Oktober 20, 2010

Kuasai Internal Link Untuk Tingkatkan Page View


Selain dari mempunyai content yang baik, penguasaan internal link juga dapat membantu untuk meningkatkan page view sesuatu blog.

Internal link ialah hyperlink atau link yang menghubungkan page lain dalam blog yang sama. Apabila sesuatu blog dapat menguasai internal link secara tidak langsung ianya dapat mengekalkan pengunjung blog di blog tersebut. Hasilnya jumlah page view akan meningkat dengan mendadak. Pengunjung tidak lagi akan datang dan keluar. Sebaliknya pengunjung akan datang dan kekal meneroka sesuatu blog itu.

Ada beberapa cara yang boleh dilalukan untuk menguasai internal link. Pertama ialah dengan meletakkan link pada ayat yang digunakan dalam sesuatu entry dengan entry lain yang berkaitan dengan ayat yang dilinkkan itu. pastikan linkkan ke entry blog anda sendiri. Cara ini dapat menarik pembaca untuk membaca entry yang berkaitan dengan entry yang sedang dia baca.

Cara kedua ialah dengan menggunakan plugin seperti linkwithin. Plugin ini akan memaparkan entry yang berkaitan di penghujung sesuatu entry. Cara ini juga dapat menarik minat pembaca untuk membaca entry yang lain. Sekaligus dapat meningkatkan page view sesuatu blog. Plugin ini amat mudah digunakan. Google keyword linkwithin untuk mengetahui lebih lanjut mengenai plugin ini.

Penggunaan post excerpt juga boleh membantu meningkatkan page view. Post excerpt ialah singkatan bagi sesuatu entry. Dalam kata lain post excerpt ini ialah read more pada entry kita. Selain dari dapat meningkatkan page view, ia juga boleh mengurangkan berat sesuatu blog. Singkatan sesuatu entry sahaja akan digunakan di home page berbanding dari entry penuh. Ini bermakna lebih banyak entry yang kita boleh dipaparkan di home page jika menggunakan post excerpt. Tetapi jangan terlalu banyak kerana ia boleh menyebabkan sesuatu blog menjadi berat.

Pendek kata dalam membina satu blog yang baik, internal link sesuatu blog mesti dibina dalam keadaan yang baik sebelum mengukuhkan link dari luar ( external link ). Cuba teknik yang telah aku berikan dalan entry ini dan lihat perubahan pada page view anda.

Mohamad Nur Hidayat
7 Sudu Updated at:

15 comments so far. What are your thoughts?

  1. bro dari dulu lagi pakai cara ini untuk tgkatkan page view

    just nk share je... penggunaan linkwithin mmg bagus... tetap seeloknya tidak digalakan...

    coz ianya bakal menganggu google or yahoo untuk mengindex page anda..

    dan ianya akan mengurangkan ranking anda...

    tetapi kalu blog tersebut mmg byk tarffic dtg bukan dari search engine mungkin elok la kan...

    itu pun jika isu PR or SEO di titik beratkan

    BalasPadam
  2. nice bro dayat.huhu.thanks berkongsi..hehe

    BalasPadam
  3. semp0i info yg menarik..kue suke :)

    BalasPadam
  4. Aku dah tak guna linkwithin, tapi guna related post...pape pun best kalau pembaca stay lame2 dekat blog..hehe

    BalasPadam
  5. related post tu cemana pulak?

    btw dayat, thanks for sharing..

    BalasPadam
  6. Same macam linkwithin, post2 yang berkaitan dengan entri yang kita buat, akan tersenarai..ringan pun ringan..hehehe

    BalasPadam
  7. linkwithin tu bagi example mudah untuk pengguna blogger dengan wordpress je. Tapi bagi pengguna wordpress ada lebih banyak pilihan plugin macam tu

    BalasPadam
  8. [...] ini aku ada menulis tips untuk meningkatkan page view sesuatu blog. Klik sini untuk membaca tips meningkatkan page [...]

    BalasPadam
  9. CPU komputer ke?

    BalasPadam
  10. tips yang menarik
    aku cuba gunakan related post hehe

    BalasPadam

 
back to top