Selasa, Oktober 05, 2010

Make-up Jangan Tebal Sangat



Make-up memang cantik. Tapi jangan sampai terlebih make-up. Ini boleh menyebabkan sesetengah orang meluat. Meluat apa? Meluat tengok muka kita la. Itu kesan dari terlebih make-up muka.

Apa yang aku nak sentuh pada entry kali ini ialah kesan apabila terlebih make-up blog. Sudah menjadi idaman semua orang untuk memiliki blog yang bertrafik tinggi. Tapi dalam perjalanan untuk mengecapi jumlah trafik yang tinggi itu sudahkah blog kita bersedia. Persediaan bukan saja dari segi content. Malah penampilan Blog juga memainkan peranan penting.

Jangan terlalu bangga dengan himpunan widget hiasan yang tidak mendatangkan sebarang faedah kepada pembaca. Perlu diingatkan bahawa pembaca datang untuk mencari maklumat. Dalam erti kata lain pembaca datang untuk membaca. Jika blog yang dilawati terlalu semak dengan widget yang melindung ruang bacaannya mungkin dia tidak akan meneruskan bacaan dan mencari sumber lain.

Selain dari widget, pemilihan warna yang baik juga boleh menarik minat pembaca. Jangan terlalu menyiksa mata pembaca dengan warna-warna yang boleh menyebabkan pembaca pening. Penggunaan warna yang banyak dalam penulisan juga boleh menyebabkan sesebuah blog itu kehilangan pembaca. Sebaik-baiknya pilih warna themes yang tenang dan guna satu jenis warna saja pada entry (kecuali link).

Susunan widget juga memainkan peranan penting. Jika boleh elakkan meletakkan widget diatas entry. Pastikan entry jelas dapat dilihat selepas header. Iklan atau widget untuk share content boleh diterima. Tapi jika ianya iklan, jangan terlalu banyak. Cukup sekadar satu. Letak yang selebihnya di sidebar. Ini kerana ada pembaca yang malas scroll ke bawah untuk mencari permulaan content. Lebih mudah bagi mereka jika content boleh dilihat di bahagian atas.

Cuba dulu tiga tips diatas ini. Nescaya blog anda akan nampak sangat kemas dan cantik dimata pembaca. Bila pembaca sudah suka, tidak mustahil mereka akan datang kembali untuk membaca update terbaru. Jadi ini lah kebaikan jika blog tidak terlebih make-up. Kejelitaan blog itu sejati seperti ini :


Yang laki tu jangan tergoda pula. Sebab gambar diatas ini ialah gambar bapok Thailand

Mohamad Nur Hidayat
7 Sudu Updated at:

25 comments so far. What are your thoughts?

  1. hehe..dulu2 suke tengok belog org yg comey2..ade blink2...ade radio..ade music...cun owh!!


    belog nih sempoi & ade isi...mmg ensem r blog ni

    BalasPadam
  2. melainkan anda merupakan seorang artis yang selalu berhadapan dengan spotlight dan segala macam light! Kalau setakat cahaya matahari je, tak elok rupe tu nanti......rupa tu dah 'macam org mintak kaki'....;-P

    BalasPadam
  3. Yied tak suka sangat make-up blog....

    *Mak ai, cantiknya bapok tu....

    BalasPadam
  4. teringat kisah rakan dikolej dulu.. bukan main tebal tapi kitorang puji je.. haha

    BalasPadam
  5. hekkkk sengal kau dayat aku x ea

    BalasPadam
  6. hahaha bapok pn cantik tu..ahaha

    BalasPadam
  7. selalunya blog macam tu mesti berat nak masuk kan

    BalasPadam
  8. bkenan ke yied.. kena la berebut dengan suffer sebab dia tegur dlu :)

    BalasPadam
  9. tu la pasal.. ramai laki tergoda nanti

    BalasPadam
  10. hahahahah!! bapok siam ghopernye!!

    BalasPadam
  11. naseb baek mike bagitau dayat....udah nak tertipu dah tadii....hampehhh

    BalasPadam
  12. hmm.. me pun tak suke sgt kalo make up blog terlebih ni... lepas tu, pernah jugak singgah satu blog ni.. aduyai.. awat la shout mix dia, dia letak bawah sekali.. penat nk scroll down tuk tinggal jejak..

    BalasPadam
  13. betul3..make up banyak sangat boleh buat orang meluat.
    nak traffic tinggi kena la pandai make up
    widget yang paling penting kena ada sebagai kemudahan asas bloggers lain

    BalasPadam
  14. blog cik dara amacam?
    make up tebal lagi tak? hehehe

    BalasPadam
  15. ai mam xda nak cari lain ke :D

    BalasPadam
  16. yang penting load pun jangan sampai kebawah kepala nak tunggu

    BalasPadam
  17. widget yang x penting jangan lupa buang :D

    BalasPadam
  18. kalau nak tahu clear sume cookies ngn browsing history cuba masuk blog sendiri..

    BalasPadam
  19. betul2..setuju sangat..malas nak bukak blog yg terlampau bnyk widget..al mklum la,kite ni gan broadband yg kdg2 ok kdg2 x..time ok xpe la..time ko?hmm sendiri mau igt la..dulu selalu jugak pasang widget bnyk2..nasib ada kwn2 yg baik, dorg tegur ckp blog dah berat, loading jdi lmbt..so sy buang semua widget yg x pakai..hehe..

    BalasPadam

 
back to top