Ahad, Oktober 24, 2010

Tinggalkan Jejak Dengan Betul


Bila kita “berblog walking” benda yang tak akan kita lupakan ialah meninggalkan jejak. Apabila kita meninggalkan jejak sudah tentu tuan blog yang kita lawati tadi akan cuba membalas jejak yang kita tinggalkan.

Bila berlakunya proses lawat melawati ini sekurang-kurangnya kita dapat membentuk hubungan sesama blogger. Dengan hubungan ini kita besama-sama dapat meningkatkan tahap dan kualiti kedua-dua blog. Bertukar dan berkongsi pendapat sesama blogger ialah tujuan sebenarnya kita berblog.

Tetapi akhir-akhir ini terdapat satu fenomena dimana hubungan ini tidak lagi terjalin kerana kehidupan di dunia blog tidak lagi seperti ini. Sekarang sudah adanya program atau software yang telah dicipta untuk mengambil alih kerja manusia untuk berhubung contohnya seperti meninggalkan komen dan shout di chatbox.

Keburukan fenomena ini ialah kita tidak lagi berhubung sesama manusia. Tetapi kita berhubung dengan robot. Ini akan membentuk hubungan 1 hala.

Ada beberapa cara yang betul untuk kita meninggalkan jejak dengan betul ketika kita berblog. Antara cara-caranya ialah :

TINGGALKAN KOMEN
Ini Cara terbaik untuk kita meninggalkan jejak. Dengan meninggalkan komen, kita dapat memberi cadangan atau pendapat kita secara peribadi terhadap sesuatu artikel. Cara ini menunjukkan yang kita menghargai karya seseorang dan sekaligus dapat memberi semangat kepada penulis untuk menulis lagi.

FOLLOW
Follow disini bukan hanya menjadi follower sesuatu blog. Tetapi mengikuti perkembangan terbaru sesuatu blog. Ada beberapa cara untuk kita kekal mengikuti sesuatu blog. Antaranya ialah dengan melanggan feed dan melanggan update melalui email (jika perkhidmatan ini disediakan). Google friend connect juga akan memaparkan update terbaru sesuatu blog di dashboard orang yang mengikuti sesuatu blog (pengguna blogger sahaja).

CHATBOX
Boleh dikatakan ini ialah cara paling popular untuk tinggalkan jejak. Kebanyakkan orang lebih selesa menggunakan cara ini kerana ianya lebih mudah dan pantas. Cara ini tidak digalakkan kerana ianya tidak memberi sebarang kebaikan kepada penggunanya. Lebih baik tinggalkan jejak di ruangan komen. Sekurang-kurangnya anda dapat backlink dari blog yang anda tinggalkan komen. lebih menguntungkan jika blog itu “do follow”.

Mari kembali berblog walking dengan cara yang betul dan hindari dari menggunakan software seperti auto shout kerana ianya hanya menguntungkan 1 pihak.

Mohamad Nur Hidayat
7 Sudu Updated at:

25 comments so far. What are your thoughts?

  1. salam bro..betul apa yang kamu cakapkan tu..aku pun suka kalau kawan-kawan komen entri yang aku buat.. =))

    BalasPadam
  2. sokong ape yg cuba disampaikan di sini...

    BalasPadam
  3. :p sabar2 nanti sok aku terjah komen semua..hari ni bz sket. thanks sebab sudi singgah

    BalasPadam
  4. tq @bluepinkiey

    BalasPadam
  5. aku pun..tapi suffer kau dasyat ar..aku tengok entry kau sume komen dasyat2 banyaknya..bagi la tips sket

    BalasPadam
  6. hmm, skarang ni terlampau banyak sangat org mengunakan "bots" untuk blogwalk ke website org lain. selalunya atas sebab nak carik untung... haih...

    BalasPadam
  7. Tu sebab aku tak suka letak shoutbox.. itu pun guna Google punya..
    sekurang2 nya dapat elak SPAM berleluasa di shoutbox... hehe
    nak tinggalkan jejak perlulah ikhlas..
    letak komen dengan konsisten hehe
    tapi tak semua entri aku baca
    kalau bab artis2 ni malas nak amik port

    BalasPadam
  8. selalu aku komen secara pukal. :)

    BalasPadam
  9. sokong weh ! tapi cam mana nak taw diorang guna auto blogwalking sogtware atau sebaliknya ?

    BalasPadam
  10. ya setuju...mari berblog secara sihat...

    BalasPadam
  11. ha'ah..cane nk tau diorang guna blogwalking satu hala?

    BalasPadam
  12. Setuju lah dayat. Kadang tu annoying betul mesej kt shoutmix, suruh beli itu beli ini. Huhu

    BalasPadam
  13. Salam Dayat..
    Kalau hendak diikutkan hati,hendak saje aq buangkan shoutmix kat blog..
    Tapi bila kenangkan mereka-mereka yg melawat mungkin ingin sampai mesej ringkas untuk aq,aq terpaksa batalkan niat..

    BalasPadam
  14. owh diaorang ada pakai software ek??

    BalasPadam
  15. hurm tuhla pasal ...macam nak jer buang jer... tapi takut ada prob kat blog ..tak boleh nak login ker... so ada lah nak buat pengumuman penting ke apa..huhu

    BalasPadam
  16. x de tips pape bro, aku ni jenis suka membaca, so kalau nmpk entri menarik aku kongsi je la, sambil2 bw n baca2 entri blog org lain :P

    BalasPadam
  17. betul tue...drop komen d entry boleh dpt backlink...
    itu sesuatu yang menguntungkan pada blog kita...
    silap2 leh naik PR...hee

    BalasPadam
  18. kenapa nak gn software camtu. bagi saya kalau bw manuel walaupun tak tggl komen tapi saya suka bc n3 rakan². kan boleh dpt mcm² info. sambil tu tggl pesan kat shtmix. bukan dtg semata² nak promote blog sendiri.

    BalasPadam
  19. sangat setuju..banyak singgah, tapi x komen mcm mn tu? isk3..hehe..btw, sy lebih suka singgah dan komen..tp ikut entri yg org tu tulis la :)

    BalasPadam
  20. salam. setuju... banyak ilmu yg kita dapat kalau kita selalu bw dan bertukar pendapat,selain tu dapat menambah kenalan baru. :)

    BalasPadam
  21. nicely written.. sy sgt2 stuju.. tinggal jejak d shoutbox boleh, tp kalau satu2 org tu slalu dtg blog n spam situ je.. rasa kurng selesa jg..

    BalasPadam
  22. Bese la, kkdang baru nak berblog tak tau cara yang betul nak tinggalkan jejak..kalau dah baca entri ni, nanti dorang sedar lah..nice info..

    BalasPadam

 
back to top