Jumaat, November 05, 2010

Lari Dari Perasaan Kecewa Anda


Setiap orang mesti pernah menghadapi atau merasai perasaan kecewa ini. Perasaan kecewa ini sudah sinonim bagi seseorang yang mengharungi usia remaja. Antara yang menyebabkan seseorang remaja itu kecewa ialah masalah keluarga, putus cinta dan gagal dalam peperiksaan. Ini antara 3 punca utama yang menyebabkan seseorang remaja itu berasa kecewa.

Perasaan kecewa adalah sesuatu yang normal. Setiap orang mesti pernah rasa kecewa dalam hidupnya. Apa yang membezakan antara satu sama lain ialah cara kita mengatasi masalah kekecewaan itu. Atasi masalah kekecewaan ini dengan bijak supaya kita tidak melakukan sesuatu yang boleh merosakkan masa depan kita.

Berikut ialah beberapa yang boleh anda lakukan untuk mengatasi masalah kecewa ini :

1. Terima Kenyataan

Anggaplah segala dugaan yang dihadapai sebagai ujian untuk kita menjadi lebih matang. Manusia hanya merancang, tapi tuhan yang menentukan segalanya. Sesuatu yang terjadi ada hikmah disebaliknya.

2. Berfikir

Cuba untuk mencari kebaikan dan keburukkan sesuatu perkara yang terjadi. Dengan cara ini anda dapat mengurangkan sedikit kekecewaan anda.

3. Luahkan Perasaan

Jangan pendam bersendirian. Cari seseorang yang percayai atau seorang pendengar yang baik untuk mendengar semua masalah anda. Cara ini dapat mengurangkan sedikit beban yang anda pendam dihati.

4. Beri Tumpuan pada Hidup

Teruskan berusaha untuk mencapai matlamat anda. Jangan sesekali membiarkan sesuatu yang remeh mengganggu fokus anda dan menghantui anda sehinggakan membuat anda berasa kecewa.

Bila rasa kecewa tu jangan pula mencuba sesuatu yang boleh rosakkan masa depan dan kerjaya anda. Hadapi rasa kecewa itu dengan bijak.

Mohamad Nur Hidayat
7 Sudu Updated at:

Be the first to reply!

Catat Ulasan

 
back to top