Rabu, November 10, 2010

Petanda Lelaki Sudah Berseorangan Terlalu Lama


Kehidupan solo memang sangat menyeronokkan kerana anda tidak akan dikongkong oleh sesiapa. Malah anda juga tidak perlu mengambil kisah perasaan pasangan anda kerana anda tidak mempunyai pasangan. Bagi lelaki yang telah lama hidup solo ini ada beberapa petanda yang kita boleh melihat untuk menunjukkan bahawa dia telah lama hidup berseorangan. Antara tanda-tandanya ialah :

1. Tabiat Makan Tidak Sihat

Cuba lihat dapur orang yang hidup berseorangan. Kebanyakkannya dipenuhi dengan banyak jenis mee segera yang pelbagai perasa. Jika tidak mee segera mesti ada lagi makanan segera yang lain.

2. Gila Game

DOta, counter strike dan kebanyakkan jenis online game akan menjadi hobi orang yang sudah lama bersendirian. Ini kerana mereka tiada peruntukan masa untuk keluar dating. Jadi bermain games ialah cara terbaik untuk mereka mengisi masa lapang. Tapi ingat bagi yang keseorangan jika terlalu banyak masa dihabiskan dengan bermain games seperti ini mungkin akan menutup peluang anda untuk mendekati gadis diluar sana.

3. Meluahkan Perasaan pada Perempuan

Anda akan meluahkan bebelan emosi yang panjang mengenai hidup kamu yang single jika ditanya soalan seperti “ macam mana life sekarang ” dari rakan perempuan anda. Ini dengan jelas akan menunjukkan bahawa anda sudah terlalu lama berseorangan.

4. Mula Mencari / Skodeng Awek Lama

Anda mula google nama awek lama, cari profilenya di semua laman social yang ada di internet contohnya seperti Facebook di kala lewat malam. Bagi lelaki yang seperti ini hentikan perbuatan anda. Keluar dan pergi berkenalan dengan mana-mana gadis diluar sana.

Jika anda ada petanda diatas dah tiba masanya anda keluar mencari pasangan hidup.

Mohamad Nur Hidayat
7 Sudu Updated at:

Be the first to reply!

Catat Ulasan

 
back to top