Selasa, Disember 07, 2010

Masalah Untuk Berkahwin


Entry sebelum ini ada menceritakan tentang masalah pergaulan antara lelaki dan wanita.

Antara cara yang boleh mengelakkan pergaulan bebas ialah dengan berkahwin. Apabila seseorang itu berkahwin, hubungan dengan isteri dan suami sudah menjadi halal. Ini bermakna sudah tiada halangan untuk melakukan apa sahaja pada isteri dan suami.

Tetapi bagi golongan yang berpendapatan rendah dan sederhana mungkin akan mengalami sedikit masalah untuk berkahwin. Ini kerana seseorang itu memerlukan duit yang banyak untuk berkahwin terutamanya lelaki. Ada sesetengah diantara mereka terpaksa menanggung beban hutang selepas berkahwin.

Ini terjadi kerana adanya sikap ego samada di pihak mertua atau perempuan itu sendiri yang mahukan majlis perkahwinan yang gilang gemilang disamping belanja kahwin yang tinggi. Kesannya ada yang terpaksa bergelumang dengan dosa sehingga hari mereka berkahwin.

Salahkah bagi pandangan orang lain jika kita berkahwin mengikut cara Islam yang hanya ala kadar dan menunaikan yang wajib sahaja. Bagi sesetengah pihak ianya boleh mencemarkan imej keluarga. Mungkin golongan ini lebih suka melihat anak mereka bergelumang dengan dosa. Lebih buruk lagi jika ditangkap berkhalwat.

Bila perkara ini berlaku barulah mereka akan menyedari kesilapan masing-masing dan menanggung malu.

Sedikit nasihat kepada golongan wanita dan bakal mertua pihak lelaki. Ukurlah baju dibadan sendiri. Pahala yang sangat besar jika kita mendirikan dan membantu mendirikan “masjid”. Rasanya zaman ini pasangan kekasih lebih elok berkahwin lebih awal dan bersedia dengan tanggungjawab selepas berumah tangga.

Mohamad Nur Hidayat
7 Sudu Updated at:

Be the first to reply!

Catat Ulasan

 
back to top