Jumaat, Februari 18, 2011

Kategori pembaca blog



Alangkah indahnya jika sesebuah blog itu mempunyai banyak pembaca. Lebih menambah semangat jika si pembaca meninggalkan feedback pada artikel yang dibaca.

Namun untuk memikat hati pembaca bukannya mudah. Ianya memerlukan teknik penulisan yang mantap. Ini kerana, teknik penulisan yang mantap mampu membuat pembaca tidak bosan membaca apa yang kita tulis.

Dalam dunia blog ini terdapat beberapa jenis pembaca. Antaranya ialah pembaca setia. Pembaca setia ialah seseorang yang telah betul-betul suka dengan cara penulisan kita. Pembaca ini selalunya akan sentiasa menunggu update terbaru dari kita. Tapi malangnya amat sukar untuk mendapatkan pembaca seperti ini. Seorang penulis blog harus berusaha memperbaiki penulisannya dari hari ke hari supaya dapat menarik lagi minat pembaca serperti ini.

Pembaca seterusnya ialah dalam kategori pencari maklumat. Selalunya, pembaca jenis ini akan datang dari search engine. Mereka akan mencari keyword tentang apa yang mereka ingin tahu. Selalunya pembaca jenis ini tidak akan kembali semula ke blog melainkan mereka ingin merujuk semula apa yang mereka temui di blog kita

Pembaca seterusnya ialah dalam kategori pembaca angau. Selalunya penulis blog yang memiliki paras rupa yang kacak dan ayu akan mempunyai pembaca angau. Pembaca jenis ini selalunya tidak terlalu memikirkan apa yang ditulis. Asalkan dia dapat melihat gambar si kacak dan si ayu yang di attach bersama artikel atau di blog.

Kategori pembaca yang mana selalu datang ke blog anda?

Mohamad Nur Hidayat
7 Sudu Updated at:

Be the first to reply!

Catat Ulasan

 
back to top