Khamis, Februari 17, 2011

Tawar Hati


Mengenangkan nasib setelah lebih 7 bulan bersama nuffnang. Memang tak dapat aku lupakan saat dimana ada peningkatan dari minggu ke minggu. Namun sejak dua bulan ini rasanya iklan di nuffnang tidak lagi rancak seperti dulu. Ada kalanya dalam 3 minggu tiada langsung earning yang boleh diperoleh dari sini.

Adakah nuffnang telah menukar systemnya. Jadi mengapa harus aku terus mengsia-siakan traffic blog ini? Jadi aku mengambil keputusan untuk berhijrah ke syarikat yang lain.

Sebelum ini aku pernah mencuba mangga ad dan advertlet. Walaupun kadar bayarannya tidak semahal nuffnang, tapi ianya tidak mensia-siakan traffic blog ini.

Memang sekarang aku sangat jarang berblogwalking. Namun aku masih ada visitor yang kebanyakkan datang dari search engine.

Jika nak mengharapkan klik dari iklan nuffnang yang selalunya tidur memang sukar. Pada pendapat aku iklan nuffnang hanya aktif dikala kebanyakkan pengguna internet telah tidur. Jadi kebarangkalian untuk mendapatkan klik memang sukar.

Bagi yang ada buff pula boleh menjana pendapatan walaupun tanpa klik. Apa yang penting ialah visitor. Tapi adakah semua orang layak mendapatkan buffered earning ni?

Jawapannya tidak sama sekali

Mohamad Nur Hidayat
7 Sudu Updated at:

Be the first to reply!

Catat Ulasan

 
back to top