Sabtu, Februari 05, 2011

Tips bijak pengurusan blog


Mesti hari ini ramai blogger baru yang muncul dalam arena blog negara. Tambahan pula baru-baru ini kecoh dengan berita ada blogger yang bolehu memperoleh pendapatan tahunan sehingga 1 juta. Mungkin disebabkan ini timbul minat dikalangan warga Malaysia untuk menceburi bidang blog.

Bagi yang baru sahaja melangkah masuk ke dunia blog ini selamat datang aku ucapkan. Harap dengan kehadiran blogger baru ini akn merancakkan lagi kehangatan dunia blog negara. Terdapat beberapa perkara penting yang harus dititik beratkan dalam dunia berblog. Pertama ialah content dan kedua ialah penampilan blog itu sendiri.

Untuk mengetahui cara menulis content dengan baik, anda boleh melayari blog ini kerana terdapat beberapa artikel yang aku sentuh tentang penulisan blog.

Entry kali ini aku ingin menyentuh sedikit tentang cara pengurusan blog dengan baik. Antara yang boleh anda lakukan ialah dengan membuat blog anda lebih mesra pengguna. Maksud mesra pengguna disini ialah anda harus membuat pengguna berasa selesa ketika berada di blog anda. Terdapat beberapa kaedah yang anda boleh anda lakukan.

Pertama ialah pastikan penggunaan warna dan font yang bersesuaian. Jangan bebankan mata pembaca dengan warna dan font yang sukar dilihat. Selain itu pemilihan warna dan layout yang baik juga boleh membantu. Elakkan penggunaan effect seperti snow dan blink.

Kedua ialah pengurusan widget yang baik. Kebanyakkan blogger lebih gemar memadatkan blog mereka dengan widget yang tidak mendatangkan sebarang faedah kepada pembacanya. Cuba gunakan widget yang penting sahaja seperti latest post, popular post, follower, dan top commenter. Fikirkan semula jika anda mahu meletakkan widget yang tidak membantu pembaca. Antara keburukan blog yang ada banyak widget ialah ruangan blog kelihatan padat dan tidak kemas. Selain itu ia juga akan menyukarkan pembaca untuk membaca content blog anda. Blog anda juga akan menjadi berat.

Bagi yang telah berjaya menguruskan penampilan blog dengan baik, cuba uruskan peluang untuk memperoleh pendapatan sampingan dari blog anda. Anda boleh mendaftar dengan Nuffnang atau Mangga ad atau advertlet bagi membolehkan anda memperoleh pendapatan sampingan. Selain itu anda juga boleh menyediakan sendiri ruangan iklan bagi sesiapa yang berminat untuk menyewa tapak. Mulakan dengan harga yang boleh menarik minat pengiklan atau blogger lain untuk beriklan dengan anda. Uruskan ruangan iklan dengan baik supaya tidak keterlaluan. Jangan terlalu tamakkan duit hingga blog terlampau padat dengan iklan.

Semoga tips kai ini dapat membantu blogger baru dan yang sedia ada. Selamat berblog dan Happy Chinese New Year

Mohamad Nur Hidayat
7 Sudu Updated at:

Be the first to reply!

Catat Ulasan

 
back to top