Selasa, Mac 29, 2011

Kenapa Facebook Semakin Bosan



Hi, salam 1 malaysia. Rasanya bilangan pengguna Facebook di dunia ini semakin meningkat. Boleh dikatakan dalam beberapa tahun lagi mungkin semua orang akan memiliki sekurang-kurangnya satu akaun Facebook.

Namun disebalik keghairahan semua orang melayari Facebook, mula timbul rasa bosan bagi aku. Terdapat beberapa faktor yang  membuatkan aku mula bosan dengan Facebook.

Pertama ialah notification yang sangat menjanggalkan. Kenapa? cuba anda like sesuatu perkara, contohnya seperti gambar atau status update. bayangkan berapa banyak notification yang akan anda perolehi setiap kali ada komen pada benda yang anda like itu.

Kedua ialah ads atau lebih dikenali sebagai iklan. Aku faham jika Facebook membuat profit yang sangat lumayan dengan iklan. Tapi jangan sampai pengguna menganggap iklan itu satu yang boleh merosakkan keseronokan bersosial.

Ketiga ialah sistem tag. Sistem ini mungkin pada mulanya ialah sesuatu yang sangat bagus. Tetapi ianya telah disalah gunakan oleh sesetengah pihak untuk mempromosikan business. Rasanya tidak selesa jika kita di tag tapi pada hakikatnya kita tiada dalam gambar tersebut.

Keempat ialah "poke". Bagi aku poke ialah satu cara yang paling malas untuk berkomunikasi. Bukanlah satu alasan yang baik jika anda poke atau cuit seseorang jika sudah lama tidak berkomunikasi dengannya.

Kelima ialah Email notification. Ini berhubung kait dengan perkara yang pertama. bayangkan anda like, ditag atau komen pada sesuatu. Cuba bayangkan berapa banyak email notification yang akan anda dapat bagi setiap like dan komen yang baru.

Dan yang terakhir ialah group invitation. Rasanya dahulu untuk memasuki sesebuah group kita harus accept dahulu. Namun sejak akhir-akhir ini aku kerap dimasukkan didalam group tanpa sebarang kebenaran.  Selain itu event invitation juga sangat menjanggalkan.

Aku mula merasakan yang facebook semakin bosan atas sebab-sebab diatas. Anda bagaimana?

Mohamad Nur Hidayat
7 Sudu Updated at:

Be the first to reply!

Catat Ulasan

 
back to top