Rabu, April 06, 2011

Smartphone, Adakah Ianya Satu Keperluan?


Mungkin sudah menjadi keinginan seseorang untuk memiliki sekurang-kurangnya satu telefon pintar atau  "smartphone". Namun bagi yang berkemampuan mungkin memiliki lebih dari satu. Disebalik kecanggihan gadget ini, adakah smartphone ini merupakan satu keperluan.

Pada abad ini, teknologi berkembang dengan pesatnya. Salah satunya ialah perkembangan dalam teknologi telefon bimbit. Boleh dikatakan setiap bulan lebih dari satu model baru akan dikeluarkan.

Persoalannya sekarang ini ialah adakah anda benar-benar memerlukan gadget secanggih ini?

Jawapannya ada pada anda sendiri. Cuba kenalpasti dahulu tahap penggunaan telefon anda sebelum membeli salah satu dari gadget ini. Jika anda menggunakan telefon lebih dari sekadar untuk berhubung diantara satu sama lain contohnya seperti internet, bersosial network mahupun membantu kehidupan atau kerja anda semasa di luar.

Jika anda tergolong dari golongan diatas, maka smartphone merupakan satu gadget yang mesti anda miliki kerana ianya membantu memudahkan kehidupan anda.

Sekiranya anda hanya menggunakan telefon hanya untuk menghubungi dan bersms antara satu sama lain, maka smartphone bukanlah satu pilihan yang bijak.

Pengguna yang bijak ialah pengguna yang membeli mengikut keperluan dirinya. Nantikan entry selanjuntnya mengenai smartphone

Mohamad Nur Hidayat
7 Sudu Updated at:

Be the first to reply!

Catat Ulasan

 
back to top