Ahad, Jun 05, 2011

Biar Mati Anak




Biar Mati anak, jangan mati adat. Demikianlah patah pujangga sejak dari nenek moyang kita lagi. Bukan semua adat yang datang dari nenek moyang kita relevan untuk diguna pakai pada hari ini.

Khususnya adat dalam perkahwinan. Adat boleh dikatakan sudah mula menjadi beban. Untuk mendirikan rumah tangga bakal pengantin sudah tentu akan dibayangi oleh banyak sebelum dan selepas berkahwin.

Bayangkan  nak merisik , meminang, apatah lagi berkahwin. Faktor wang merupakan penghalang utama dalam point kali ini. Rasanya bagi golongan yang hidup dan lahir dari golongan mewah tiada masalah pada mereka.

Bagaimana pula yang datang dari golongan sederhana dan miskin? Ada yang sanggup membuat pinjaman sehingga berpuluh ribu hanya untuk menjalankan tanggungjawab ini.

Bagi yang berkahwin menggunakan wang pinjaman bayangkan berapa tahun mereka harus menanggung beban hutang selepas berkahwin. Duit yang sepatutnya digunakan untuk menyara keluarga digunakan untuk membayar hutang.

Lebih menyedihkan lagi ada yang sampai bercerai berai sebelum hutang berkahwin habis dilangsaikan. Siapa yang harus dipersalahkan dalam hal ini? Semua pasti menunding jari anta satu sama lain.

Selain itu Masalah lain juga mula timbul akibat adat yang dijunjung selama ini. Banyak golongan muda yang mulamengambil jalan untuk bersekedudukan sebelum berkahwin. Alasannya terlalu lama untuk menunggu sehingga boleh berkahwin.

Akibatnya akan ada gejala buang bayi dan sebagainya. Sepatutnya banyak pihak yang harus memainkan peranan kerana golongan Melayu terutamanya Islam sedang mengalami masalah social yang makin kritikal. jangan sampai semuanya sudah terlambat untuk diperbaiki.

Sila vote di bahagian soalan bulan ini untuk menyatakan sama ada anda bersetuju atau tidak dengan post kali ini. Anda juga boleh komen untuk berkongsi pendapat dan pengalaman anda.

Mohamad Nur Hidayat
7 Sudu Updated at:

Be the first to reply!

Catat Ulasan

 
back to top