Khamis, Jun 02, 2011

Tips Mencari Teman Hidup



Rasanya tidak lengkap hidup seseorang itu jika tidak mempunyai kereta. Eh pesal kereta pulak ni. Maksud aku teman hidup la tu. Bagi yang sedang mencari teman hidup yang sesuai untuk diri anda jangan kemana-mana kerana anda berada di page yang betul.

Teman hidup boleh mengisi kekosongan hidup anda. Seseorang yang boleh berkongsi suka dan duka. Bukan hanya ada ketika anda bersuka namun hilang disaat anda berduka.

Untuk mencari teman hidup yang sesuai sebenarnya adalah sesuatu perkara paling penting yang patut anda ambil berat. Ini kerana ianya berkaitan dengan masa depan dua insan yang bernama manusia. Lainlah lkalau anda mengambil keputusan untuk mengambil untuk mengambil benda lain selain manusia untuk dijadikan peneman hidup.

Ingat ya point ni baik-baik. Nak cari pasangan hidup carilah yang boleh melengkapkan anda. Jangan cari yang menambah. Contoh melengkapkan ialah jika anda seorang yang kurang bercakap cari pasangan yang suka bercakap atau petah bercakap.

Cuba bayangkan jika kedua-dua tidak suka bercakap apa akan jadi (itu dimaksudkan menambah kelakuan anda). Tak ke hambar hubungan tu nanti.

Walau apa pun cuba untuk memupuk persefahaman yang baik. cuba memahami antara satu sama lain. Insyaallah bahagia selamanya.

Mohamad Nur Hidayat
7 Sudu Updated at:

Be the first to reply!

Catat Ulasan

 
back to top