Ahad, Julai 03, 2011

Kelebihan Keretapi Laju di Malaysia


Salam 1 Malaysia. Rasanya Malaysia sudah mula mengambil langkah proaktif dalam sistem keretapi ini. KTM sekarang sedang berusaha menyiapkan projek landasan berkembar dari Ipoh ke Padang Besar.

Ini ternyata akan memberi impak yang besar kepada sistem pengangkutan keretapi negara. Perjalanan dari Padang Besar ke Ipoh akan mengambil masa yang singkat.

Bayangkan jika sistem ini dipertingkat lagi dengan menggunakan keretapi berkelajuan tinggi seperti bullet train dan liputan landasan keretapi yang luas pasti ianya akan memberi banyak kebaikkan kepada rakyat.

Bayangkan jika ianya menjadi kenyataan, rakyat boleh bekerja di Kuala Lumpur tetapi menetap di Johor atau Perlis. Apa-apa pun syabas kepada KTM dan Malaysia kerana mengambil langkah awal memperbaiki perkhidmatan keretapi ini. Semoga manfaatnya dapat dikongsi seluruh lapisan rakyat

Mohamad Nur Hidayat
7 Sudu Updated at:

Be the first to reply!

Catat Ulasan

 
back to top