Jumaat, Julai 29, 2011

Review : Captain America The First Avenger



28 July 2011 mungkin tarikh yang dinanti-nantikan oleh peminat superhero. Review yang aku nak tulis ni bukanlah nak ceritakan jalan cerita atau sinopsis cerita ini. Tetapi pandangan yang suci dan murni iklas dari hati sanubari seorang peminat filem (puih...ayat macam hampeh).

Terus terang bagi aku Captain America The First Avenger ini hanya episode untuk pengenalan kepada Captain America itu sendiri. Dapat dilihat sendiri sejarah awal bagaimana seorang yang lemah dan kerdil dipilih untuk menjadi tentera pada perang dunia ke 2. Dimana semasa latihan dia ditukar dari seorang yang lemah kepada seorang yang mempunyai potensi anggota badan yang penuh melalui satu eksperiment.

Dalam cerita ini juga ada penampilan watak Howard Stark iaitu bapa kepada Tony Stark atau lebih dikenali sebagai Iron man.

Bagi aku bahangian yang paling menarik dalam cerita ini ialah di penghujungnya dimana Captain America telah sedar dari tidur selama 70 tahun dan berada di abad ke-21.

Mungkin dalam episode yang akan datang cerita Captain America ini akan lebih menarik. Mungkin juga akan ada penampilan Iron Man dalam episode yang akan datang.

Bagi yang belum tengok tu apa lagi tunggu wei...pi la serbu panggung sekarang.

Mohamad Nur Hidayat
7 Sudu Updated at:

Be the first to reply!

Catat Ulasan

 
back to top