Sabtu, Mac 03, 2012

Tips Memilih Plan Data Untuk Smartphone Anda



Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia. Fenomena smartphone sedang melanda sekarang ini. Banyak model baru yang dikeluarkan oleh jenama-jenama terkemuka dunia.

Bukan itu saja, malah harga gajet ini juga sudah boleh diperoleh dengan harga serendah RM 500. Malah ada yang lebih murah dari itu.



Ada pihak yang senyum lebar apabila gadget ini mendapat sambutan dari pembeli. Ini kerana mereka boleh meningkatkan lagi jualan service mereka. Pihak yang aku maksudkan ialah penyedia perkhidmatan telekomunikasi.

Seperti sedia maklum, tidak berguna sesebuah smartphone itu jika tidak dilengkapkan dengan kemudahan data atau lebih popular dengan nama sambungan internet. Ini kerana internet merupakan element terpenting dalam operasi seharian smartphone ini. Boleh dikatakan jika tiada plan data untuk sesebuah smartphone itu umpama orang buta yang tak bertongkat.

Apa yang penting dalam memilih plan data? Kenapa perlu bersusah payah untuk membuat pilihan? Kan senang kalau ambil saja plan yang murah.

Jika ini yang anda fikirkan mungkin anda akan mengalami masalah tekanan jiwa akibat plan data yang anda pilih.

Ambil kira beberapa faktor ini sebelum memilih plan data untuk smartphone anda.

1) Pastikan coverage atau liputan yang memuaskan di kawasan anda atau tempat yang selalu anda pergi. Untuk prestasi terbaik pastikan kawasan itu mendapat liputan 3G untuk memastikan anda memperoleh kelajuan internet yang optimum.

2) Pastikan had penggunaan data yang dipilih sesuai dengan penggunaan anda. Jika anda pengguna internet tegar pastikan anda memilih plan data yang memberi had yang lebih besar. Jika ini tidak diberi perhatian mungkin anda juga akan mengalami tekanan perasaan yang maksimum kelak apabila had penggunaan data telah melebihi kuota. Selalunya syarikat telco akan mengurangkan kelajuan peralihan data jika penggunaan telah melebihi kuota.

3) Ikut kemampuan diri. Jika anda seorang yang mempunyai budget yang ketat, pastikan anda memilih plan yang tidak terlalu membebankan anda. Jangan sampai mengikat perut. Jika tidak yakin boleh menjelaskan bil setiap bulan, guna saja plan data prabayar. Jika tiada wang pada bulan itu jangan perbaharui langganan data. Kemudian langgan semula bila anda sudah ada wang.

Anda sebagai pengguna. Anda ada hak untuk memilih. Jangan takut untuk bertukar ke syarikat telco yang lain jika ia menawarkan pakej yang berbaloi untuk kita gunakan. Lagipun sekarang kita sudah boleh bertukar telco dengan mengekalkan nombor sedia ada. Segala keputusan ditangan anda. Buatlah pilihan dengan bijak

Mohamad Nur Hidayat
7 Sudu Updated at:

Be the first to reply!

Catat Ulasan

 
back to top