Khamis, Julai 09, 2015

4 Snek Mudah Untuk Anak Anda

Hujung minggu atau ketika cuti sememangnya waktu untuk dihabiskan bersama anak-anak. Pasti ada ibu yang pening memikirkan snek untuk disediakan pada si anak. Berikut adalah cadangan snek untuk anak anda


1. Pizza Muffin
Sama seperti pizza lain, tetapi saiznya lebih kecil dari pizza biasa. Untuk menambah kelazatan pizza muffin ini, pilihan topping memainkan peranan penting. Selain dari sosej, cuba gunakan cendawan, brokoli, nenas atau topping lain yang bersesuaian dengan selera anak.


2. Ice cream pop
Sangat mudah sebenarnya menyediakan ice cream pop ini. Lebih mudah jika ada acuan ice cream dirumah. Jika tidak, plastic ice cream cap king kong juga boleh digunakan. Gunakan Jus yang segar dari buah tembikai, orange atau buah- buahan segar yang ada dirumah. Boleh juga dicampur sedikit yogurt.


3. Yogurt + buah
Sangat mudah untuk disediakan, cuma sediakan buah-buahan segar, yogurt dan kekacang seperti badam. Boleh biarkan anak anda sediakan sendiri campuran.


4. Smoothies
Campakkan saja pisang dan buah yang telah dibekukan kedalam blender bersama dengan susu segar. Boleh juga ditambah sedikit madu jika perlu. Blend bahan tadi dan sedia untuk dihidangkan.

Mohamad Nur Hidayat
7 Sudu Updated at:

1 comments so far. What are your thoughts?

 
back to top