Khamis, Julai 09, 2015

5 Makanan Yang Tidak di Simpan Dengan Betul

Kesalahan dalam menyimpan makanan seharian bukan sahaja dapat merosakkan rasanya, tetapi juga ia boleh meningkatkan lagi risiko kerosakannya. Jom kita lihat jika ada diantara kita yang melakukan kesilapan ini.


1. Herba

Cara terbaik untuk menyimpan herba yang segar adalah dengan memotong akarnya dan dibalut dengan tuala kertas dan plastik sebelum disimpan didalam drawer. Ada sesetengah herba seperti parsley boleh disimpan seperti bunga segar iaitu dengan merendam didalam balang berisi air.


2. Tomato

Walau apa pun yang terjadi, jangan kita simpan buah tomato di dalam peti sejuk. Ini boleh menyebabkan buah tomato kecut dan hilang rasanya. Sebaik - baiknya buah ini harus dikekalkan dalam suhu bilik.


3. Rempah

Rempah kering seperti kulit kayu manis dan serbuk cili akan kehilangan aroma dan rasa jika terdedah dengan cahaya, udara dan panas. Jadi ia lebih sesuai jika ditempatkan di dalam drawer yang terlindung dari cahaya matahari. Selain itu bekas kedap udara juga sesuai digunakan. Jika boleh rempah seperti ini hanya boleh disimpan tidak lebih dari 12 bulan, atau diganti dengan yang baru jika lebih dari tempoh masa ini.


4. Bawang putih

Sama seperti tomato, bawang putih lebih sesuai jika ditempatkan pada suhu bilik dan terlindung dari cahaya matahari. Selain itu ia juga lebih baik jika diberi pengudaraan yang baik.



5. Minyak masak

Selalunya kita meletakkan minyak masak berhampiran dengan dapur memasak. Jika terdedah dengan haba, minyak masak akan rosak dengan lebih cepat. Sebaik - baiknya ia disimpan ditempat yang tidak terdedah pada cahaya.

Mohamad Nur Hidayat
7 Sudu Updated at:

2 comments so far. What are your thoughts?

  1. Terima kasih untuk tipsnya. Mudah untuk dipraktikkan :)

    BalasPadam
  2. Tang bawang tu, ramai oramg letak dalam peti ais. Kalau boleh semua sumbat dalam peti. Heheheheh.

    BalasPadam

 
back to top