Ahad, Julai 12, 2015

Resepi Roti Jala Mudah


Roti jala sebenarnya mudah disediakan. Juadah ini sesuai dihidangkan ketika makan petang. Roti jala juga sedap disajikan bersama dengan kari kambing.

Bahan-bahan :

3 cawan tepung gandum
3 cawan air + susu / santan (dua cawan air + 1 cawan santan @ susu)
Serbuk kunyit cukup untuk menambah warna
1 biji telur
Garam secukup rasa

Cara memasak :

1. Masukkan semua bahan diatas kedalam blender dan blend sehingga sebati.
2. Masukkan adunan dalam bekas menjala.
3. Gunakan nonstick pan atau boleh sapu minyak masak pada kuali.
4. Mula menjala. Boleh digulung atau lipat 3 segi mengikut kreativiti anda
5. Sedia untuk dihidang.

Selamat mencuba.

Mohamad Nur Hidayat
7 Sudu Updated at:

Be the first to reply!

Catat Ulasan

 
back to top