Sabtu, Ogos 22, 2015

Resepi Bihun Goreng Singapore


Bahan - bahan dan cara menyediakan bihun goreng singapore adalah seperti berikut


Bahan - bahan :

600 gm bihun [rendamkan lembut dan toskan]
250 gm udang segar [buangkan kulit]
100 gm isi ayam [hiris nipis]
250 gm tauge
100 gm kucai
1 batang carrot [potong halus saperti batang mancis atau parut panjang2]
3 keping tahu [gorengkan dan hiriskan nipis]
2 biji limau nipis
3 sudu besar minyak
daun sup dan daun bawang [racik untuk hiasan]
garam
air

bahan tumbuk
2 sudu besar lada hitam
4 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih

Cara penyediaan :

1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumbuk sehingga wangi.
2. Masukan isi ayam dan kacau rata.
3. Bila isi ayam masak masukkan udang, garam dan air. Kacau rata.
4. Masukkan carrot dan bihun. Kacau rata sehingga sebati.
5. Bila bihun lembut masukkan taugeh, tahu dan kucai.
6. Gaulkan rata sehingga nampak bihun lembut. Rasakan garam.
7. Bila menghidang, taburkan hirisan racik daun bawang dan daun sup.

Mohamad Nur Hidayat
7 Sudu Updated at:

Be the first to reply!

Catat Ulasan

 
back to top