Jumaat, Ogos 07, 2015

Resepi Kari Kambing Embbekkk

Kari kambing adalah juadah yang istimewa bagi penggemar kambing dan kari. Juadah ini juga sangat sesuai dihidangkan bersama nasi, roti canai atau roti jala.

* Klik sini untuk resepi roti jala

Berikut ialah cara-cara dan bahan untuk menyediakan kari kambing.

Bahan-bahan :
  • 1/2 kg daging kambing
  • 6 sudu besar rempah kari
  • 3sudu besar serbuk lada
  • 5 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • rempah tumis ( kayu manis 1, bunga lawang 2, buah pelaga 4)
  • 1 mangkuk santan
  • kentang 2 biji
  • lobak
  • garam dan gula secukup rasa
  • 3 sudu air asam jawa
Cara memasak :
  1. Rebus daging kambing sehingga empuk
  2. Tumbuk atau kisar bawang merah, bawang putih dah halia.
  3. Tumis bahan yang telah ditumbuk/kisar bersama rempah tumis, biar sehingga naik bau.
  4. Masukan sebuk lada dan serbuk kari yang telah dibancuh dgn air. Kacau jangan sampai hangus. Jika kering masukkan sedikit air..
  5. Masukkan kentang, kemudian masukan air rebusan daging, tunggu sehingga kentang empuk
  6. Masukan lobak. Setelah lobak agak empuk boleh la dimasukan santan, air asam jawa, garam dan gula.
  7. Apabila kuah agak pekat, boleh matikan api.
  8. Sedia untuk dihidang.

Mohamad Nur Hidayat
7 Sudu Updated at:

Be the first to reply!

Catat Ulasan

 
back to top