Sabtu, Ogos 15, 2015

Resepi Puding Roti



Puding roti sesuai dijadikan pencuci mulut atau disajikan ketika makan petang. Berikut adalah senarai bahan - bahan dan cara penyediaan.

Bahan - bahan :

- 6 keping roti (Carik / potong cube)
- 2 cawan susu segar (boleh juga digunakan susu tepung)
- 1/2 cawan gula kaster
- 1 sudu besar mentega
- 2 hingga 3 biji telur (pukul ringan)
- secubit garam
- 1 sudu kecil esen vanilla
- kismis (ikut sukatan sendiri)

Cara Penyediaan :

1. Panaskan susu sehingga hampir mendidih. Masukkan susu tadi kedalam bekas lain dan masukkan roti, kemudian kacau hingga roti terendam.

2. Masukkan gula, garam dan mentega kemudian kacau lagi adunan.

3. Biarkan adunan tadi sedikit sejuk sebelum masukan telur dan esen vanilla. Gaulkan lagi adunan dan masukan kismis.

4. Tuang kedalam loyang yang telah disapukan mentega

5. Masukkan loyang tadi kedalam bekas besar yang diisi air panas (teknik steam bath). Bakar pada suhu 180°c selama 45 minit hingga 60 minit.

6. Sedia untuk dihidang.


Mohamad Nur Hidayat
7 Sudu Updated at:

Be the first to reply!

Catat Ulasan

 
back to top