Khamis, September 03, 2015

Resepi Udang Butter Nestum

Udang butter nestum

Rasa udang pedas dan lemak dari gabungan mantap antara udang butter dengan nestum. Pastinya juadah ini menjadi kegemaran seisi keluarga.

Bahan - bahan :

- 12 ekor udang saiz sederhana
- 2 biji kuning telur
- 5 batang cili api (dibelah)
- 10 helai daun kari
- 3/4 cawan susu cair/segar
- 5 sudu besar butter
- Sedikit minyak
- 2 ulas bawang putih (dipotong halus)
- 4 sudu besar nestum

Cara penyediaan :

1. Panaskan sedikit minyak dan 4 sudu besar butter di dalam kuali.

2. Pukul kuning telur sedikit. Sambil sebelah tangan mengacau minyak di dalam kuali secara bulatan, sebelah tangan lagi digunakan untuk menuang telur ke dalam kuali tinggi-tinggi (untuk mendapatkan flos telur yang halus).

3. Teruskan menggoreng flos telur sehingga masak. Toskan ke tepi.

4. Panaskan minyak dan goreng udang sehingga masak kemerah-merahan. Toskan ke tepi.

5. Panaskan 1 sudu butter dan tumis bawang putih serta cili api sehingga bau wangi. Kemudian, masukkan susu dan daun kari. Tumis seketika.

6. Tambah garam dan gula mengikut rasa. Akhir sekali, masukkan udang dan nestum. Kaup balik sehingga semuanya sebati dan kering. Sedia untuk dihidangkan bersama flos telur tadi.

7. Sedia untuk dihidang.

** kredit gambar http://ummizaihadi-homesweethome.blogspot.com

Mohamad Nur Hidayat
7 Sudu Updated at:

Be the first to reply!

Catat Ulasan

 
back to top