Selasa, Oktober 20, 2015

Resepi Cheese Cake


Cheese cake adalah juadah pencuci mulut yang mempunyai tekstur yang lembut dan mudah dimakan. Hidangan ini kelihatan menarik jika disajikan bersama buah-buahan segar seperti strawberry, raspberry dan sebagainya. Berikut adalah bahan-bahan dan cara penyediaan cheese cake.

Bahan-bahan :

250g cream cheese
200ml fresh cream
2 sudu besar jus lemon
3 sudu besar tepung gandum
2 biji telur
90g gula

Cara penyediaan : 

  1. Panaskan oven 170°c. Sapukan loyang dengan butter.
  2. Masukkan kesemua bahan-bahan ke dalam mixer. Mix sehingga menjadi jadi cream.
  3. Masukkan ke dalam loyang dan bakar selama 40-45 minit
  4. Setelah 30 minit boleh letakkan aluminium foil untuk mengelakkan permukaan hangus.
  5. Bila sejuk, simpan dalam peti ais semalaman untuk mendapatkan rasa yang sedap.
  6. Sedia untuk dihidang. 
* kredit gambar http://rozannegold.wordpress.com

Mohamad Nur Hidayat
7 Sudu Updated at:

1 comments so far. What are your thoughts?

  1. hai lah..chesee cake ni,mmg faveret kitaorg sefamily,makan sesejuk alahai,,terasa kat tekak dah haa...ada juga yg pergi secret receipe ni kang...

    BalasPadam

 
back to top