Rabu, Oktober 21, 2015

Resepi Lemon Butter Salmon


Lemon butter salmon ialah juadah yang enak dan mudah untuk disediakan. Untuk menyediakan juadah ini, tidak banyak masa yang diperlukan untuk menyediakannya. Berikut adalah bahan-bahan dan cara penyediaan lemon butter salmon ini.

Bahan-bahan :

Bahan untuk sos lemon butter

1 sudu butter
1 sudu teh tepung jagung
150ml susu segar
1/2 biji jus lemon
garam
 
Bahan untuk filet ikan salmon

1 keping filet ikan salmon
2 sudu lada hitam (ditumbuk)
garam
butter

Cara penyediaan :

Sos lemon butter :

  1. Panaskan kuali
  2. Cairkan butter
  3. Masukkan tepung jagung, kacau sentiasa hingga sebati
  4. Masukkan susu, kacau sentiasa hingga mendidih & padamkan api
  5. Tambahkan jus lemon dan garam, sedikit demi sedikit hingga cukup rasa mengikut keinginan anda. Pastikan dikacau sebati.
  6. Sos seharusnya berasa sedikit masam seperti lemon. Ketepikan sos setelah siap.

Ikan salmon:

  1. Cuci filet ikan salmon dengan bersih dan keringkan menggunakan tisu dapur
  2. Sapukan permukaan filet ikan salmon dengan sedikit lada hitam dan garam.
  3. Panaskan pan, cairkan sedikit butter.
  4. Masukkan filet ikan salmon. Panggang selama antara 3-4 minit setiap permukaan bergantung kepada ketebalan filet.
  5. Sedia untuk dihidang bersama sos.
* kredit gambar www.goodchefbadchef.com.au

Mohamad Nur Hidayat
7 Sudu Updated at:

Be the first to reply!

Catat Ulasan

 
back to top