Rabu, Oktober 07, 2015

Resepi Mashed Potato


Lidah anda terasa nak makan Western? Boleh cuba tambah sajian western anda dengan mashed potato. Berikut ialah bahan-bahan dan cara penyediaan mashed potato.


Bahan-bahan :

3 biji kentang (medium size)
3 sudu besar butter
1/4 cawan susu segar
----------------------------------
Black Pepper Gravy
650ml air
1 kiub ayam maggi
1 biji bawang besar
40gm mentega
20gm tepung gandum
1 sudu besar sos tiram
Kicap
Serbuk lada hitam
Garam

Cara penyediaan :

  1. Kentang direbus hingga empuk. Buang kulit kentang dan lecek halus.
  2. Gaulkan dengan mentega & susu segar hingga sebati.
  3. Blender / mixer kentang hingga halus.
Cara buat gravy :

  1. Masak air, kiub ayam & bawang hingga mendidih.
  2. Tapiskan dan asingkan air & bawang.
  3. Ciarkan mentega dan masukkan tepung gandum. Kacau atas api perlahan.
  4. Tuangkan air rebusan dan kacau supaya tidak berketul2.
  5. Masukan sos tiram, kicap (utk bagi warna shj), lada hitam dan garam. Kacau hingga pekat. 
  6. Sedia untuk dihidang.

Mohamad Nur Hidayat
7 Sudu Updated at:

Be the first to reply!

Catat Ulasan

 
back to top