Isnin, Oktober 12, 2015

Resepi Sup Ayam Mudah


Dengan rasa yang lazat serta bau sup yang wangi pastinya menambat selera seisi keluarga anda menjamu selera. Berikut adalah bahan-bahan dan cara penyediaan sup ayam yang mudah dan lazat.

Bahan-bahan :

1 ekor ayam potong 16
1 labu bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci halia
sebatang kulit kayu manis
4 kuntum bunga cengkih
2 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
2 biji kentang
1 batang lobak
1 mangkuk air panas
lada sulah
garam
ajinomoto
stok ayam
daun sup
daun bawang
bawang goreng

Cara penyediaan : 

  1. Rempah direndam dalam air panas menggelegak,biarkan hingga air tersebut suam & toskan rempah tersebut. Air rendaman turut disimpan.
  2. Bawang merah & bawang putih dikisar halus. Halia ditumbuk sedikit jangan sampai lumat. Lobak dipotong bulat anggaran 1.5cm & kentang dipotong 6
  3. Panaskan minyak dan tumis bawang hingga naik bau. Kemudian masukkan halia & rempah yang telah direndam. Tumis sebentar.
  4. Masukkan ayam dan gaulkan supaya bercampur dengan rempah yg ditumis. Biarkan selama 10minit
  5. Masukkan air rendaman rempah tadi beserta 1 mangkuk air lagi. Jika mahukan kuah sup lebih boleh tambah lagi semangkuk air.
  6. Biar sup menggelegak,masukkan kentang dan lobak. Bila ayam dah empuk masukkan stok ayam, garam, ajinomoto & lada sulah.
  7. Dah siap tutup api. Masukkan daun bawang,daun sup & bawang goreng, tutup rapat periuk selama 20minit supaya baunya meresap ke dalam sup. 
  8. Sedia untuk dihidang 
*kredit gambar www.kuliner123.com

 

Mohamad Nur Hidayat
7 Sudu Updated at:

Be the first to reply!

Catat Ulasan

 
back to top