Khamis, Mac 17, 2016

Resepi Asam Pedas Ayam


Asam pedas ayam ini mudah dan cepat disediakan. Sangat menyelerakan dan pasti menjadi hidangan kegemaran keluarga anda. Berikut adalah bahan-bahan dan cara penyediaan asam pedas ayam.

Bahan-bahan :

ayam setengah ekor
2 senduk kecil minyak
cili kering 8 biji (rebus sekejap)
bawang besar 1biji
2 cubit belacan
3 ulas bawang putih
halia 1 inci
kunyit 1 inci
pes asam jawa 1 sudu
Maggi cukup rasa 1 sudu
asam keping 1 keping
1 biji tomato 
sedikit daun kesum
1 bunga kantan
garam
gula

Cara penyediaan :

  1. Kisar cili kering, bawang besar, bawang putih, halia, belacan dan kunyit sehingga halus.
  2. Masukkan minyak dan tumis bahan kisar sampai naik minyak. (petua untuk asam pedas yang sedap elok jika ditumis lama.kalau kering tambah sedikit air)
  3. Masukkan ayam, tambah air dan asam jawa
  4. Apabila ayam sudah lembut, masukkan garam, gula, Maggi cukup rasa dan asam keping
  5. Masukkan bunga kantan, tomato dan daun kesum. Jangan terlalu lama nanti tomato akan lembik.
  6. Sedia untuk dihidang.

Mohamad Nur Hidayat
7 Sudu Updated at:

1 comments so far. What are your thoughts?

  1. Adakah anda berminat untuk menyertai illuminati besar, di sini adalah kehidupan yang
    mengubah peluang ke dalam dunia yang
    kaya, anda akan diberi $ 10,000 setiap dua minggu sebagai keahlian
    berkat, peti masuk yang kuat dan terkenal kami kini di sini
    atau hubungi e-mel rasmi Illuminati pada
    illuminati.priest@mail-on.us
    Peti masuk, atau menghantar permintaan rakan
    Whatsapp +13176681073

    BalasPadam

 
back to top