Isnin, Mac 14, 2016

Resepi Udang Rangup Onion BBQ Sauce


Udang rangup onion bbq sauce ini mudah dan cepat disediakan. Sangat menyelerakan dan pasti menjadi hidangan kegemaran keluarga anda. Berikut adalah bahan-bahan dan cara penyediaan udang rangup onion bbq sauce.


Bahan-bahan :

12 ekor udang saiz sederhana, dibuang kulit, tinggalkan ekor
2 cawan minyak masak untuk goreng udang

Bahan perapan
½ sudu teh garam
¼ sudu teh lada putih

Bahan adunan
3 sudu besar tepung gandum
1 sudu besar tepung jagung
1 sudu besar tepung beras
100ml air
2 sudu besar minyak masak

Bahan onion bbq sauce
4 sudu besar HEINZ ORIGINAL BBQ SAUCE
1 biji bawang besar, dikupas dan dicincang
½ sudu besar kicap soya
2 sudu besar air

Cara penyediaan :

Udang rangup

  1. Campurkan udang dengan bahan perapan.
  2. Masukkan semua bahan-bahan lain untuk adunan.
  3. Panaskan minyak untuk menggoreng. Salut udang dengan adunan tadi dan goreng sehingga nampak garing dan coklat kekuningan.
  4. Angkat udang tadi dan letakkan di atas tisu atau penapis untuk mengeringkan minyak.
Onion bbq sauce

  1. Panaskan 1 sudu besar minyak masak dalam kuali.
  2. Tumis bawang besar yang dicincang sehingga naik bau.
  3. Tambah bahan-bahan lain, kacau sehingga sebati.
  4. Sedia untuk dihidang bersama udang rangup tadi.

Mohamad Nur Hidayat
7 Sudu Updated at:

Be the first to reply!

Catat Ulasan

 
back to top